Polis Kota Setar

Polis Kota Setar

Share

Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada Bilik Gerakan (DCC) - 04-7326999.

Photos from Polis Kota Setar's post 15/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Alor Setar, 14 Julai 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2026 bertempat di Royal Kedah Club bagi meraikan pegawai, anggota dan pegawai awam yang bertukar serta anggota yang menamatkan perkhidmatan melalui persaraan.

Majlis yang bertemakan "Batik Warisan" berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan penghargaan. Seramai 10 Pegawai Kanan Polis (PKP), 45 Pegawai Rendah Polis (PRP) dan tiga (3) Pegawai Awam telah diraikan bertepatan dengan slogan "Sebuah Perpisahan, Sejuta Penghargaan".

Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, bersama Pengerusi PERKEP IPD Kota Setar, YBhg. Puan Hara binti Subti, telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada semua pegawai, anggota dan pegawai awam yang diraikan atas jasa, bakti serta komitmen mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, bersama isteri ⁠YBhg Puan Hani Sutina binti Hanapiah, Naib Pengerusi Perkep Kota Setar serta barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai dan warga IPD Kota Setar.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, yang berjaya menceriakan suasana dan menghiburkan para tetamu.

Penganjuran majlis ini mencerminkan penghargaan dan penghormatan IPD Kota Setar kepada setiap pegawai, anggota serta pegawai awam yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada organisasi, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia dan keluarga PERKEP.

Photos from Polis Kota Setar's post 14/07/2026

𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Alor Setar, 14 Julai 2026 - Persiapan sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran Majlis Jasamu Dikenang IPD Kota Setar, sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan anggota yang bakal menamatkan perkhidmatan serta yang akan bertukar ke tempat penugasan baharu.
Majlis ini bukan sekadar sebuah acara, malah menjadi simbol penghormatan atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan raptai ini. Semoga majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan menjadi kenangan yang indah buat semua yang diraikan.

"Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung."

Photos from Polis Kota Setar's post 12/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Alor Setar, 12 Julai 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini telah menganjurkan Program Bubur Asyura Peringkat IPD Kota Setar 1448H/2026M di Laman Bintang Kota, IPD Kota Setar.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi itu disertai seramai 195 warga IPD Kota Setar yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, melibatkan Ketua Bahagian, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

Antara pengisian program ialah aktiviti memasak empat kawah bubur asyura secara bergotong-royong, jamuan makan tengah hari bersama Ketua Polis Daerah Kota Setar serta agihan bubur asyura kepada seluruh warga IPD Kota Setar.

Penganjuran program tahunan bersempena Maal Hijrah ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan warga IPD Kota Setar, selaras dengan usaha membentuk budaya kerja yang harmoni dan berpasukan

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Kolam Air
Alor Setar
05000