GPMS Kedah

GPMS Kedah

Share

Portal Rasmi Facebook Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah

07/04/2026

"Satu hari nanti bila Fakhrul berjaya, jangan lupa ayah dan mak yang memerah keringat hanya dengan hasil jualan pisang goreng," - Asyraf Wajdi

Rezeki tidak pernah salah alamat, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi bahawa MARA akan membantu Fakhrul Iman Zainudin yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2025 untuk melanjutkan pengajian ke Jordan.

Fakhrul sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian ke negara Timur Tengah dan bercita-cita menjadi pensyarah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf berkata Fakhrul dan ibu bapanya hadir ke pejabatnya pada pagi tadi untuk meneroka peluang-peluang pembiayaan pelajaran MARA.

"Melihat slip keputusan beliau, saya amat teruja dan terus mencadangkan supaya beliau masuk dalam program khas ke Jordan yang MARA sediakan bagi pelajar-pelajar Tahfiz yang cemerlang untuk memperdalami bidang Syariah, pengkhususan dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam," katanya.

Dalam pertemuan itu, Asyraf juga sempat 'menebuk' bacaan Al-Quran Fakhrul.

“Kalau berjaya ujian tebuk ni, baru MARA pertimbangkan untuk lulus permohonan Fakhrul," katanya berseloroh.

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah, 1546 & 1546A. Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05000