Mat Don

Mat Don

Share

Youtuber / Movie Reviewer
Youtube Channel : Mat Don

Photos from Mat Don's post 21/04/2026

Tak ingat kali terakhir nama Mat Don terselit dalam artikel tapi tahun lepas ada la terselit dalam salah satu episod Legasi Podcast yang dikendalikan oleh Adlin Aman Ramlie dan Dato' Khairul Anwar Salleh.

Kalini terselit p**a dalam penulisan Dr Syahrul Musa, penulis dan pensyarah kanan Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Sebenarnya banyak juga nama yang dipetik oleh penulis dalam artikel ni. Jemput-jemput lah baca ya semua 🀍✨

Terima kasih Dr Syahrul Musa.

https://dewansastera.jendeladbp.my/2026/04/21/20747/

Photos from Mat Don's post 19/04/2026

'π’π”πŒππ€π‡π€π ππˆπ‹π€πŒ π”π“π€πŒπ€' 𝐋𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 ππŽπ“πŽππ†π€π

Pengarah 3 Janda Melawan Dunia (2022), Hyrul Anuar kembali dengan filem baharu beliau bertajuk, Sumpahan Nilam Utama (dahulu diperkenalkan sebagai Sumpahan Sri Utama) yang bakal menggegarkan pawagam tahun ini.

Filem bergenre komedi-thriller ini dibintangi oleh barisan pelakon muda seperti Idan Aedan, Razin Qidran, Farihin Arnia, Taufiq Izmir, Muzizzuddin dan Arena Wan.

Dibantu oleh barisan pelakon hebat seperti Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Taqim Zaki, Anas Ridzuan dan Aloy Paradox.

Baru-baru ini Mat Don mendapat tahu bahawa filem ini telah pon mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) tanpa potongan di bawah klasifikasi 13.

Sungguhpun tarikh tayangan masih belum diumumkan namun berita bahawa filem ini telah lulus tanpa potongan pastinya merupakan salah satu berita gembira buat penonton yang ternanti-nantikan sentuhan Hyrul ini.

All the best team 'Sumpahan Nilam Utama' ! Jumpa di sinema !

Photos from Mat Don's post 18/04/2026

Viu telah melancarkan sebuah lagi siri Viu Original 12 episod bertajuk, β€˜Aku Pilih Pelangi’ (The Colour of Us) yang dibintangi oleh Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique.

Menurut Viu, siri ini melangkaui kisah romantik dengan mengangkat realiti sebuah perkahwinan yang diuji apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan mereka serta tekanan emosi di dalam sesebuah perhubungan.

Jemput baca penulisan di poster kedua dan jangan lupa share serta follow Mat Don untuk berita-berita lain juga.

Selain tu, untuk pengetahuan semua, seiring dengan pelaksanaan arahan Work From Home (WFH) oleh kerajaan bermula 15 April, Viu memperkenalkan tawaran diskaun 50% untuk pelan langganan bulanan, bermula dari RM10.95 bagi dua bulan pertama.

Penonton boleh menikmati pelbagai kandungan premium dari rumah, termasuk Viu Original terbaharu, Aku Pilih Pelangi.

Photos from Mat Don's post 14/04/2026

IKLAN KAN PRODUCT / BRAND ANDA DALAM PODCAST FILEM SERENDAH RM 2, # # # SAHAJA ?

Mat Don mencari mana-mana founder, business owner, company yang nak jadi penaja untuk podcast Sembang Sinemat tahun ini.

Dengan modal serendah RM 2, # # #, anda dapat iklan kan produk anda dalam podcast yang dihadiri oleh barisan pelakon / pengarah filem Malaysia.

Tujuan podcast ni dibikin adalah untuk menjadi satu jambatan bagi menghubungkan penonton biasa dengan pembikin filem Malaysia.

Tahun lepas kita sudah terbitkan 2 episod awal yang dihadiri oleh Syafiq Yusof, Ariff Zulkarnain, Megat Sharizal dan Sofia Jane. Tahun ni kita dah ada list jemputan tapi semuanya bergantung kepada jumlah penaja yang berjaya kita hubungi.

Sebarang persoalan , perbincangan boleh la hubungi number di bawah atau DM sahaja Mat Don.

Terima kasih ! Jumpa di sinema !

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Alor Setar