INSPIN

INSPIN

Share

"PENYEDIA LATIHAN TERBAIK DI WILAYAH UTARA"

Photos from INSPIN's post 09/06/2026

KURSUS TOWERING PERSONALITY

🚀 Membina Kecemerlangan Diri dari Dalam.
Alhamdulillah, kelmarin telah berlangsung Kursus Towering Personality yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang komited dalam mempertingkatkan potensi diri, sahsiah, dan kredibiliti demi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian!

31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK (31 MEI 2026)



Sempena hari yang penuh bermakna ini, kami di INSPIN ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh umat Buddha yang meraikannya.

​Semoga hari ini membawa limpahan kedamaian, kebahagiaan, dan harmoni kepada kita semua. ✨

​Ikhlas daripada:

Pengurus Besar & Seluruh Warga Kerja

Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN)

Photos from INSPIN's post 19/05/2026

[KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) PROGRAM PEMENTORAN SUK KEDAH TAHUN 2026] 💼✨

​Sedang berlangsung Kursus Training of Trainers (TOT) Program Pementoran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah Tahun 2026 yang diadakan selama dua hari bermula semalam di Dewan Sultanah Bahiyah, INSPIN.

​Kursus berimpak tinggi ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Kedah Darul Aman (INSPIN).

​Objektif utama program ini adalah untuk melatih dan memperkasakan para mentor dengan kemahiran pementoran yang komprehensif, sekaligus memastikan pemindahan ilmu, budaya kerja cemerlang, dan nilai integriti dapat diterapkan secara berkesan kepada para mentee dalam organisasi.

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua urus setia dan para peserta yang komited dalam menjayakan program ini demi memacu kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Kedah! 🏛️💪

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00