The Hayyan - Production

The Hayyan - Production

Share

#the.hayyan will use our artistic and technical skills to create images the clients will love.

21/02/2026

“Bayangkan setiap sujud, setiap alunan doa, dan setiap huruf Al-Quran yang dibaca di masjid ini… mengalir juga pahala buat kita walau jasad sudah tiada. 🌙
Ayuh bersama menyumbang untuk pembinaan rumah Allah ini. Sedikit dari kita, besar nilainya di sisi-Nya.
Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi saham akhirat yang tidak pernah putus.”

Photos from The Hayyan - Production's post 10/03/2025

“NAK, MAK TERINGIN NAK BERGAMBAR RAYA DENGAN HAMPA SEMUA. NI JER LAH KENANGAN MAK BILA HAMPA SEMUA TAK ADA DI RUMAH" 😭
http://www.wasap.my/60176613052/studiorayaalorsetar25
Di setiap detik yang berlalu, ada kenangan yang terukir. Tapi, kadangkala kenangan itu terlupa, terhapus oleh waktu.
Di Studio Raya Alor Setar, kami memahami betapa berharganya setiap momen, betapa dalamnya makna di sebalik setiap senyuman dan air mata. Kami hadir untuk memastikan, kenangan itu tidak hilang begitu saja. 😘
Jom abadikan kenangan raya anda dengan keluarga tersayang di hari raya nanti bersama kami. Lagi best pada hari raya pertama kami bukak sampai ke malam!
Anda boleh pose seberapa banyak yang anda nak dan softcopy akan dapat dalam 24 JAM sahaja. Semua softcopy akan diedit tau.🥰
Ruang photoshoot juga beraircond. Anda boleh photoshoot dengan hati yang tenang sambil makan kuih raya (tapi kena bawa sendiri la kuihnya) 🤣
Berminat? Jom tempah slot anda sekarang, harga bermula serendah RM99 SAHAJA tau! 🔥
Terhad untuk yang terawal sahaja.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik link di bawah👇
http://www.wasap.my/60176613052/studiorayaalorsetar25

Photos from The Hayyan - Production's post 22/08/2023

Memilih photographer perkahwinan yang sempurna untuk majlis perkahwinan anda bukanlah tugas yang boleh dipandang remeh.

Ianya penting untuk mengambil kira gaya, bajet dan juga tema keseluruhan hari istimewa anda dalam membuat keputusan penting ini.

Semasa anda memulakan pencarian photographer perkahwinan di Malaysia, terdapat beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan.

Berikut adalah beberapa TIPS DAN CADANGAN YANG BOLEH ANDA JADIKAN PANDUAN DALAM MEMILIH PHOTOGRAPHER PERKAHWINAN TERBAIK di Malaysia.

1.Mengkaji Bakal Jurugambar

Jurugambar perkahwinan yang baik seharusnya dapat merakamkan momen majlis tanpa masalah, memastikan orang yang betul dan penting turut berada dalam gambar yang dirakamkan.

Anda juga seharusnya dapat memahami gaya dan personaliti jurugambar. Ini akan membantu anda menentukan sama ada mereka sesuai untuk majlis perkahwinan anda atau sebaliknya.

Adalah suatu bonus sekiranya ada kritera photographer tersebut yang boleh membuatkan anda terpesona sedari awal. Selain itu, jangan lupa untuk membaca ulasan klien mereka yang terdahulu.

2. Memilih Photographer Perkahwinan Berdasarkan Portfolio Online

Tempat yang baik untuk bermula adalah dengan melihat portfolio online mereka. Kebiasannya photographer perkahwinan akan upload gambar-gambar hasil kerja mereka sebelum ini di Facebook, Instagram, Flickr dan juga website mereka sendiri. Lihatlah kualiti kerja mereka.

3. Minta Cadangan Daripada Kenalan

Promosi dari mulut ke mulut adalah cara terbaik untuk mencari jurugambar perkahwinan yang baik di Malaysia. Tanya rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda yang baru-baru ini mengikat tali pertunangan atau berkahwin untuk mendapatkan cadangan photographer yang boleh diharap.

Tanya mereka siapa yang mereka upah dan adakah mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

4. Bertemu Sendiri Untuk Memilih Photographer Perkahwinan

Langkah seterusnya ialah berjumpa photographer yang sudah dipilih secara peribadi atau melalui komunikasi online, bergantung yang mana anda s**a. Ini akan memberi anda peluang mengenali mereka sebelum pencarian photographer perkahwinan anda berakhir.

Semasa perbincangan, anda harus bertanya soalan tentang pengalaman dan hasil kerja mereka, membincangkan hasrat anda untuk majlis perkahwinan, dan memastikan bahawa anda meluahkan harapan anda.

5. Bincangkan Pakej Fotografi Perkahwinan dan Harganya

Semasa anda berunding dengan bakal jurugambar, tiba masanya untuk membincangkan pakej dan harga. Kebanyakan jurugambar di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pakej, jadi anda boleh memilih mengikut bajet dan keperluan anda.

Contohnya samada anda ingin servis mereka meliputi acara akad nikah atau hanya persandingan sahaja.

Secara amnya, pakej akan termasuk bilangan jam photographer bekerja, bilangan foto yang diedit yang akan anda terima dan sebarang perkhidmatan atau item tambahan, seperti album atau cetakan gambar.
Untuk tempahan fotografi & videografi,
klik sini =>> https://go.wasap.my/thedrwedding
Instagram: https://www.instagram.com/the.dr_production/

Want your business to be the top-listed Photography Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


B18 Tingkat 1 Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00