Warta Kedah
UNIT MEDIA KEDAH - Membawa Warta Kepada Anda Warta Kedah merupakan wadah rasmi Kerajaan Negeri Kedah.
MAJLIS HAFLU TAKRIM AL-MUTAFAWWIQN TAHUN 2026 LEMBAGA MAKTAB MAHMUD
07/06/2026
DXN HOLDINGS LABUR RM133.9 JUTA DI BUKIT KAYU HITAM
AHAD (07.06.2026)
KUBANG PASU - Pelaburan berskala besar yang dibawa oleh DXN Holdings di Bukit Kayu Hitam bakal memberikan suntikan baharu kepada pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya di kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam yang sedang muncul sebagai pusat pertumbuhan strategik baharu di utara Malaysia.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata saya berasa amat bangga kerana DXN, sebuah jenama yang lahir dari bumi Kedah, kini telah berkembang menjadi syarikat bertaraf global yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan membawa nama Malaysia ke serata dunia melalui produk kesihatan dan kesejahteraan yang berkualiti tinggi.
"Lebih membanggakan, meskipun telah mencapai kejayaan di peringkat dunia, DXN tidak melupakan akar umbinya. Jika sebelum ini pelaburan mereka tertumpu di Padang Panjang, Malau, hari ini DXN sekali lagi memilih Kedah sebagai destinasi untuk mengembangkan operasi melalui pembinaan fasiliti yang lebih besar dan moden di Bukit Kayu Hitam.
"Inilah contoh terbaik konsep “glokal” syarikat yang berfikir dan beroperasi di peringkat global, namun tetap setia kepada tanah kelahirannya. Kejayaan yang dicapai di pentas antarabangsa tidak pernah memutuskan hubungan dengan negeri asal yang menjadi titik permulaan perjalanan mereka.
"Pada pandangan saya, majlis pecah tanah yang berlangsung pada hari ini bukan sekadar simbol kepada pembinaan sebuah kilang baharu. Lebih besar daripada itu, ia merupakan manifestasi keyakinan pelabur terhadap Kedah sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan berdaya saing di peringkat serantau.
"Pelaburan berskala besar yang dibawa oleh DXN Holdings ini bakal memberikan suntikan baharu kepada pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya di kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam yang sedang muncul sebagai pusat pertumbuhan strategik baharu di utara tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pecah Tanah Kilang Baharu DXN di Kawasan Industri Bukit Kayu Hitam Fasa 3 di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Dr Nadzman Mustaffa; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Amirah Khairiah Abdul Latip dan Pengerusi Eksekutif DXN Holdings Bhd, Datuk Lim Siow Jin.
Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata bahawa pajakan tanah oleh DXN melibatkan keluasan melebihi 26 ekar dengan nilai pelaburan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM133.9 juta.
"Projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pembangunan bakat dan peningkatan taraf ekonomi masyarakat setempat.
"Fasa pembinaan dijangka siap pada suku keempat tahun 2027, manakala operasi pengeluaran penuh dijangka bermula pada suku kedua tahun 2028. Pelaburan ini merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Kedah terus mendapat kepercayaan pelabur domestik dan antarabangsa hasil kestabilan pentadbiran, kemudahan infrastruktur yang kompetitif serta komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif.
"Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada DXN Holdings atas komitmen dan keyakinan berterusan mereka terhadap Negeri Kedah selama lebih tiga dekad. Semoga DXN terus berkembang maju, mengukuhkan kedudukan di pasaran dunia dan terus membawa nama Kedah ke persada antarabangsa," ujarnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kolej Universiti Insaniah
Alor Setar
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |