MOHD ALTAB PA Ibrahim

MOHD ALTAB PA Ibrahim

Share

Sedia memberikan perkhidmatan dan terus membantu rakyat tanpa sempadan politik,sosio ekonomi dan kaum.

18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Keadilan Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Parlimen Pokok Sena dan seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman serta meningkatkan amal ibadah.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadan dengan solat berjemaah, tadarus al-Quran, bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan, khususnya dalam komuniti kita di Pokok Sena. Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang terus subur dalam masyarakat kita.

Keadilan Pokok Sena Juga mendoakan agar seluruh masyarakat dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita.

Salam Ramadan Kareem.

31/12/2025

*Selamat Tahun Baharu 2026 🇲🇾*
Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, kemajuan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.

Dengan semangat *Malaysia MADANI*, marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan nilai:
*Keadilan, Ihsan, Hormat, Kesederhanaan, Kebebasan & Amanah.*

🌟 Tahun baharu, tekad baharu.
Ayuh kita bina negara yang lebih inklusif, berdaya saing dan berperikemanusiaan — untuk generasi hari ini dan akan datang.

*

04/09/2025

---

*Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M*
Sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita memperkukuh iltizam untuk mencontohi kepimpinan, integriti dan akhlak Baginda dalam kehidupan dan urusan kerja seharian.

Semoga kita semua terus diberkati dan dirahmati Allah SWT.

*
*

---

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Hutan Kampung
Alor Setar
06500