Alor Setar Technical School
Page FB Alor Setar Technical School memaparkan berita semasa mengenai SM Teknik Alor Setar.
05/04/2026
Alhamdulillah. Pelbagai program telah berjaya dijalankan bagi memupuk nilai kebersamaan di kalangan warga sekolah.
05/03/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohd Faruhi bin Johari selaku Guru Pembimbing serta dua orang murid Tingkatan 5, Fahim bin Fauzi dan Muhammad Iqbal bin Ayob atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan World Youth STEM Invention Innovation 2026 (WYSII 2026) yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari 2026.
Dalam pertandingan berprestij peringkat antarabangsa tersebut, pasukan ini telah berjaya meraih pencapaian membanggakan seperti berikut:
🥇 Anugerah Emas Kategori Guru menerusi projek STEM Career Book
🥇 Anugerah Emas Kategori Murid menerusi projek All Stardy Apps
🏆 Panel Choice Award
🌟 Special Award – Instagram Poster Challenge
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah membuktikan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dalam bidang inovasi dan STEM di peringkat global.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga turut dirakamkan kepada pihak PIBG, Alumni, ibu bapa serta barisan guru atas sokongan padu, sumbangan dan doa yang berterusan dalam merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
26/01/2026
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Team Memanah.
24/11/2025
Hebahan : Temuduga Calon Murid Tingkatan 4, 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar , Lebuh Raya Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |