SWCorp Kedah
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Kedah memulakan operasi pada 1 November 2008
12/11/2025
Program “Clean Today Green Tomorrow” Pulau Payar anjuran SWCorp Alor Setar dan Padang Terap
SWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Alor Setar dan Padang Terap telah menganjurkan Program “Clean Today, Green Tomorrow” yang telah berjaya dilaksanakan di Pulau Payar, Kedah dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, khususnya di kawasan marin yang menjadi tarikan pelancong.
Program yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nordin Bin Amat ini turut dihadiri wakil-wakil daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Daerah Pendang (MDP) serta Syarikat Konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd., yang turut berganding bahu menjayakan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman batu karang di sekitar Pulau Payar.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai, penanaman batu karang serta sesi taklimat tentang usaha-usaha menanggani isu alam sekitar di Pulau Payar oleh pihak Jabatan Perikanan. Usaha ini selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara yang Bersih, Indah dan Sejahtera di bawah inisiatif SWCorp Malaysia.
Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak konsesi, tetapi juga menjadi platform untuk memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta terhadap pemuliharaan alam sekitar.
Dengan semangat “Clean Today, Green Tomorrow”, diharapkan usaha berterusan seperti ini dapat memastikan keindahan Pulau Payar kekal terpelihara untuk dinikmati oleh generasi masa depan.
11/11/2025
Kesian abang bomba.
Masa yang sepatutnya mereka boleh gunakan untuk menyelamatkan nyawa, terpaksa digunakan untuk memadam kebakaran di tapak sampah haram.
Jika anda nampak kewujudan tapak sampah haram, terus laporkan kepada pihak berkuasa.
Apa petanda tapak sampah haram?
1. Tiada tong sampah disediakan oleh pihak berkuasa.
2. Sampah terbiar.
Apa tindakan anda jika nampak tapak sampah haram?
1. (Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis) Salurkan aduan melalui aplikasi WhatsApp “Talian Aduan SWCorp” di 013-2107472.
2. (Di negeri-negeri lain) Salurkan aduan ke Majlis Perbandaran atau Daerah masing-masing.
Tanggungjawab membanteras tapak sampah haram bermula dengan saya!
Foto: Facebook/ Pasukan Bomba Sukarela Gombak
10/11/2025
TAHNIAH diucapkan kepada Puan Sumatra a/p Appavoo, Pengarah Bahagian Korporat SWCorp atas kejayaan meraih tempat kedua bagi Anugerah Ikon Inspirasi sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2025. Pengiktirafan ini menzahirkan kepimpinan berinspirasi dan keupayaan beliau dalam membina semangat kerja berpasukan serta memperkukuh budaya kecemerlangan di SWCorp.
10/11/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Tuanku Ibrahim
Alor Setar
05000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:30 |