Yayasan Ikhlas Alor Setar

Yayasan Ikhlas Alor Setar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Ikhlas Alor Setar, Nonprofit Organization, Alor Setar.

Photos from Yayasan Ikhlas Alor Setar's post 12/05/2026

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟒𝟗𝟕 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐀𝐥 𝐇𝐮𝐝𝐚

Pusat Pembelajaran Islam Al Huda (PPIAH), Semporna merupakan sekolah alternatif yang ditubuhkan Yayasan Ikhlas sejak 2021 lagi menempatkan seramai 497 orang pelajar di Kampung Pekan 2, Kampung Kuala Bibang dan Kampung Airport.

Hari ini adalah hari bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2026 untuk setiap tahap dari Tahap 1 sehingga Tahap 6.

Semoga para murid dikurniakan ketenangan, dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan, serta mampu mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran di kelas.

Yayasan Ikhlas mendoakan agar semua murid PPIAH dipermudahkan urusan, dilapangkan hati dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam PPT 2026.

Bittaufiq Wannajah semua!

Photos from Yayasan Ikhlas Alor Setar's post 11/05/2026

𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍

Hari ni Yayasan Ikhlas Sandakan menyantuni mangsa di dua lokasi sekaligus iaitu PPS Kg Air, PPH Karamunting serta lokasi khemah di Kg Bahagia.

Telah lebih 3 minggu kebakaran berlaku, mangsa masih tinggal di khemah-khemah perlindungan. Semasa pasca bencana, bantuan semakin berkurangan, dan mangsa semakin struggle menanti jawapan dan harapan.

Kami menziarahi mereka sejak hari pertama kejadian sehingga kini. Walaupun bantuan yang dihulurkan serba sederhana, namun sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan mereka terus diberikan semangat dan mampu mengukir senyuman di sebalik ujian.

Jangan biarkan mereka sendirian. Hari ni mungkin hari mereka, esok mungkin kita p**a.

misibantuan.com

Photos from Yayasan Ikhlas Alor Setar's post 11/05/2026

𝐀𝐢𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐩𝐚𝐧-𝐌𝐚𝐩𝐚𝐧

Alhamdulillah, Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Mapan-Mapan, Pitas, Sabah telah memberi manfaat kepada 42 buah rumah di atas laut dan darat, serta sebuah surau.

Usaha yang dilaksanakan dengan sumbangan Maybank Islamic ini telah bermula sejak pertengahan 2025. Usaha penyediaan air bersih kepada penduduk juga dibuat dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sistem kolam takungan 60kaki x 60kaki dengan kedalaman 12 kaki ini boleh menampung keperluan penduduk selama 6 bulan sekiranya tiba musim kemarau.

Air yang sampai kepada penduduk diproses, dirawat dan ditapis terlebih dahulu, sebelum disambung ke 3 tempat pengambilan yang berdekatan dengan kawasan rumah penduduk di darat dan laut.

Terima kasih tak terhingga kepada Maybank atas sokongan bagi membantu komuniti bagi penyediaan sumber air bersih.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar
06550