Alor Setar Breakfast Station
Keep Calm & Love Your Mornings Pakar dlm penyediaan sarapan pagi yg mampu mengubah pagi anda daripada lemau kepada zaaasss!
06/02/2026
Terima kasih YB Putrajaya Dr Radzi Jidin, YB Derga Muhamad Amri & YB S**a Menanti Haji Dzowahir singgah sarapan. Port merentas politik Insya-Allah 👌
Terima kasih hgpa support kami 🙏 Esok kami buka tau. Tak cuti dah sampai posa katanya. Hehe
Haza rahmatun min rabbi. Thank you for your support 🙏
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
Alor Setar Breakfast Station yang terletak di Batu 3, Jalan Langgar merupakan salah satu warung sarapan pagi yang terkenal di Alor Setar. Kami menyajikan pelbagai menu sarapan pagi termasuk satu menu yang SANGAT RARE dan menjadi yang PERTAMA DI MALAYSIA.
Menu OLETTO, 1st in Malaysia! Tekstur petty Omelette yang lembut. Kecur air liur dibuatnya pagi-pagi. Serius! kami guna cheese dari Australia dan dibalut roti jala yang rangup dan ianya dihidangkan bersama kuah kari daging. AMAZING! New experience untuk family anda. Especially untuk breakfast!
Selain Oletto, Big Breakfast juga antara yang “famous” di sini. Roti Teloq Goyang, Roti Teloq Meleleh, Breakfast Set, Roti Teloq Kapit, Roti Ghedik tidak kurang hebatnya. Terbaharu ialah KayaTop, pengalaman menikmati sarapan pagi dengan kerangupan roti yang dibakar manja ditambah masin manis lemak telur separuh masak amatlah menggamit selera.
Kami juga menyediakan Nasi Kak Emmables, nasi lemak ini sangat digemari peminat sambal versi pedas. Ianya bukan sebarangan pedas tetapi pedas yang membangkitkan selera di waktu pagi. Tak hairan jika nasi ini laku keras di waktu pagi.
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
No 24, Batu 3
Alor Setar
05460
Opening Hours
| Tuesday | 07:30 - 12:30 |
| Wednesday | 07:30 - 12:00 |
| Thursday | 07:30 - 12:30 |
| Friday | 07:30 - 12:00 |
| Saturday | 07:30 - 12:00 |
| Sunday | 07:30 - 12:30 |