Derma Darah Kedah Perlis - DDKP

Derma Darah Kedah Perlis - DDKP

Share

'Page' ini diselia oleh Pusat Darah Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Alor Setar (JPTHAS) (Kedah&Perlis). Sebarang pertanyaan/cadangan, sila hubungi :

Peg.

12/07/2026

✨ TIRAI SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2026 MELABUH, SEMANGAT MENDERMA TERUS MEKAR✨

Alhamdulillah, Kempen Derma Darah Khas sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung dari 3 hingga 11 Julai 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan.

Hasil keprihatinan dan semangat kemanusiaan yang tinggi daripada masyarakat, sebanyak 665 beg darah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen ini berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penganjur, penaja dan rakan kerjasama yang telah menyumbangkan pelbagai hadiah serta cenderahati buat para penderma sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada semua penderma darah yang telah meluangkan masa untuk hadir dan berkongsi anugerah paling berharga iaitu darah yang mampu menyelamatkan nyawa.

Sesungguhnya, setiap beg darah yang didermakan membawa sinar harapan kepada pesakit yang memerlukan dan menjadi bukti bahawa masih ramai insan yang sanggup berbakti tanpa mengharapkan balasan.

Kempen ini merupakan anjuran Kelab Transfusi Perlis dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

❤️ 665 beg darah, 665 sinar harapan, dan tidak terkira nyawa yang bakal dibantu.

Terima kasih kerana menjadi wira di sebalik setiap denyutan kehidupan. Jumpa lagi 3 bulan akan datang ♥️🤍

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Pusat Darah, Hospital Alor Setar
Alor Setar
05350