SMK AGAMA KEDAH RASMI

SMK AGAMA KEDAH RASMI

Share

TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB KPM SMK AGAMA KEDAH

Photos from SMK AGAMA KEDAH RASMI's post 06/03/2026

MAJLIS PERSARAAN CIKGU KHAIRUDDIN

🌷TARIKH : 05/03/2026
🌷HARI : Khamis
🌷MASA : 12.00 tengah hari
🌷TEMPAT : Dewan Dato’ Sheikh Abdul Hamid Md Tahir

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh rasa syukur dan suasana yang sarat emosi Majlis Sanjungan Jasa, Sedetik Bersama Selamanya Terasa bagi meraikan insan yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi di bumi Smkak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan buat:

🌹 Cikgu Khairuddin bin Abu Bakar
19 tahun berkhidmat di Smkak, mendidik dan membimbing generasi pelajar dengan penuh komitmen. Kini beliau akan selamat bersara dari dunia pendidikan.

Sesungguhnya tempoh hampir dua dekad bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu banyak jasa, pengorbanan dan kenangan yang terpahat dalam lipatan sejarah sekolah ini.

Semoga segala jasa menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan, keberkatan serta ketenangan dalam setiap langkah seterusnya.

Segunung budi tidak mampu dibalas, sejuta kenangan tetap terpahat dalam ingatan.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
Alor Setar
05350