Global Gold Venture

Global Gold Venture

Share

SAVING * TRADING * NETWORKING * MATRIX

Photos 16/12/2016

ISTIMEWANYA EMAS.

Semua orang menyimpan duit, tetapi sedarkah ke mana duit itu pergi sedikit demi sedikit secara terhormat.

Semua orang perlukan simpanan, tapi simpanan yg bagaimana? Berbaloikah simpan duit syiling dan wang kertas sahaja?

Semua orang perlukan perlindungan kewangan, tapi bagaimana jika wang itu semakin tidak bernilai dari hari kehari.

Dengan menyimpan Emas tidak menjadikan anda kaya serta merta, tapi Emas boleh mengelakkan anda dari terus miskin.

Trend simpanan Emas sebenarnya sudah lama bermula, sejak dari zaman tok nenek kita lagi. Orang tua kita juga selalu berpesan agar kita membeli dan menyimpan emas, namun ada yg mereka tidak beritahu kita mengapa perlu simpan emas sebab mereka juga tidak tahu.

Ramai orang tidak tahu bahawa Emas itu adalah duit sebenarnya? Inilah yg orang salah faham. Ramai yg menganggap emas adalah pelaburan semata-mata.

Sebenarnya dengan menyimpan emas dan mengumpul Dinar Emas ianya lebih kepada simpanan dan secara tidak langsung ia juga berfungsi sebagai INSTRUMEN PELABURAN.

"Matawang Islam Mengukuhkan Ummah"✔
"Kuasai Emas,Nikmati Kebebasan Kewangan"
"1gram1bulan1keluarga"✔

☎️ Call/WhatsApp : 0175894653
https://www.facebook.com/ggv.dealer.alorsetar
http://www.ggv.my/hop.php?ref=khairulJE

Photos 09/12/2016

Assalamualaikum...

4 Tempat Untuk Anda Jual Semula Emas Anda

Ada customer bertanyakan kepada saya, "bila dah beli 1gram ni nanti nak jual balik di mana eh?"

Ni jawapan saya:.-
❶- Anda boleh jual pada sesiapa sahaja.

Di sini anda boleh membuat pilihan sama ada anda boleh jual berdasarkan harga pasaran sekiranya tiba-tiba ada individu yang nak buat pembelian terus di mana pada masa tu anda tak promote untuk jual semula walhal hasrat anda tadi nk jual. Huhuhu faham tak?
+
Sekiranya anda promote untuk jual, anda boleh offer pada individu tersebut pada harga rendah sedikit daripada harga pasaran. So win-win lah..dia dapat harga rendah sikit, anda p**a dapat tunai.

❷- Jual semula pada dealer / agen syarikat / wakalah / introducer.

Anda ingat balik, sebelum ni anda beli emas ni pada siapa? Jadi anda boleh roger orang tersebut dan nyatakan hasrat anda tu.
+
Di sini jika anda mahu jual semula emas anda, pihak dealer atau agen syarikat tersebut akan merujuk pada harga belian balik (buyback). Jika anda beli melalui saya, InsyaAllah saya akan beli semula dengan anda. Tak ada masalah

➌- Jual semula pada Syarikat yang menjual.

Nasihat saya, sebelum anda beli emas anda, pastikan anda tanya secara jelas bahawa pihak syarikat mempunyai jaminan atau tidak untuk belian emas semula.

Kebanyakan syarikat bukan sahaja menjual emas, malah mereka akan beli semula emas anda.

Walaubagaimana pun, pastikan anda beli pada syarikat yang mempunyai jaminan belian balik.
+
Syarikat akan terima emas anda mengikut harga belian balik (buyback). Owh yer, tambahan...diingatkan, sebelum anda beli emas, pastikan juga spread atau perbezaan harga jual - harga beli adalah rendah.

Sekiranya spread sangat tinggi, jurang keuntungan anda juga sangat tinggi. Pilihlah spread yang rendah.

➍- Jual pada mana-mana kedai emas.

Apabila sebuat mana-mana kedai emas, bermaksud anda perlulah tanya lebih 2 atau 3 buah kedai. Bukannya hanya satu kedai sahaja tak terima, kemudian anda menilai bahawa emas yang anda beli tu tidak laku. Bukan begitu, anda perlu tahu bahawa kedai emas adalah kedai yang hanya menjual emas sahaja dan menjual emas jenis perhiasan (barang kemas) sahaja.
+
Tambahan p**a, sesetengah kedai emas agak leceh untuk beli emas anda yang mempunyai berat minima. "You mau tolak 1gram sahaja"..so faham-faham la eh.huhu..
+
Bukan semua kedai emas langsung tidak terima emas yang anda mahu jual semula. Masih ada, cuma anda perlu cari lebih dari satu kedai. Masih banyak lagi kedai emas di luar sana nak beli emas "terpakai" ni. Anda boleh cari kedai emas yang tulis di luar kedai mereka "perkhidmatan beli emas lama". Tentu dorang akan beli..cubalah.
+
Perlu diingatkan yer, apabila anda jual semula emas anda di kedai emas, spreadnya sangat tinggi. Jadi, fikir-fikirkanlah.

p/s:. Sila ikut turutan untuk 4 tempat anda jual semula emas anda.
Ar-Rahnu bukanlah tempat untuk menjual emas, sebaliknya sebuah institusi yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai syariah. Jika Ar-Rahnu di bawah koperasi juga ada yang menjual emas dan setahu saya Ar-Rahnu yang beli emas ni mungkin di belah Pantai Timur.

Moga bermanfaat ~

"Matawang Islam Mengukuhkan Ummah"✔
"Kuasai Emas,Nikmati Kebebasan Kewangan"
"1gram1bulan1keluarga"✔

☎️ Call/WhatsApp : 0175894653
https://www.facebook.com/ggv.dealer.alorsetar
http://www.ggv.my/hop.php?ref=khairulJE

Photos 08/12/2016

Assalamualaikum...

7 Perkara JANGAN, DALAM SIMPANAN EMAS

*1. JANGAN MALAS:*
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yg ada di pasaran & banyak lagi yg perlu anda ketahui.

Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yg tak pernah habis.

*2. JANGAN AR-RAHNU SEBARANGAN:*
Ramai yg menyalahgunakan perkhidmatan Ar Rahnu kebelakangan ini. Peranan Ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yg memerlukan, bukan kepada mereka yg tamak.

Siapakah yg tamak? Org yg jual & beli menggunakan sistem 35:65 @ 30:70.

Contohnya seperti ini: Katakan emas 999 100g berharga RM10k. Pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di Ar Rahnu dimana pemajak akan mendapat RM7K dan menyerahkannya kpd peniaga.

Urusan dgn peniaga sudah selesai & peniaga kenyang sbb dapat untung besar jual emas dgn cara ini.

Apa cerita dgn pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

*3. JANGAN JUAL EMAS ANDA:*
Jangan jual emas anda tanpa sbb. Ramai yg keliru apabila diajar semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah membeli emas? Emas adalah aset unggul yg harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.

Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

*Jual Emas hanya untuk 5 perkara:*
1. Rumah
2. Hartanah
3. Emas dlm bentuk lain (brg kemas)
4. Modal Bisnes
5. Keperluan @ terdesàk.

*4. JANGAN SIMPAN WANG KERTAS:*
Jangan menyimpan terlalu b*k wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan & kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yg terbaik krn ia kalis inflasi & tidak susut nilai.

Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.

Jangan terpedaya dgn bonus, dividen dan p**angan yg ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yg menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah Emas dlm bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan p**a dgn barang kemas

*5. JANGAN TUNGGU:*
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal. hampir setiap tahun org kata emas mahal.

Jadi pada masa bila emas murah? Dulu harga emas RM 16/gram pun org kata mahal, RM 38/gram pun org kata mahal, RM 90/gram pun org kata mahal, sekarang dah nak cecah RM 200/gram pun org kata mahal. Jawapannya tahun demi tahun harga emas makin mahal.

Rugilah golongan yg hanya menunggu & melihat org lain semakin kaya dgn emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM 140/gram, skrg dah dekat RM 200/gram. Ini baru menyimpan sahaja dah untung. Jika yg meniaga macamana? Lagi untung!!!

*6. JANGAN TOLAK:*
Jangan menolak @ menafikan tentang matawang ISLAM iaitu Dinar & Dirham.

Kebelakangan ini semakin ramai yg menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yg cuba mengembalikan matawang ISLAM ini.

Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya sudah bermula, anda bila lagi?

*7. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI:*
Setelah anda menjadi seorang yg celik emas. janganlah anda hanya mendiamkan diri & tidak menyampaikan info yg berguna ini kpd org lain.

Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar & dirham. Semua ini berbeza & mempunyai matlamat simpanan yg berbeza.

Tidak guna jika hanya kita seorang sahaja yg tahu tentang kepentingan emas dan sbb perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan & masyarakat sekeliling masih buta emas.

Memang ada yg tidak boleh terima terus. Gunakanlah cara berhemah & yg penting anda sudah menyampaikannya.

✍�Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

"Matawang Islam Mengukuhkan Ummah"✔
"Kuasai Emas,Nikmati Kebebasan Kewangan"
"1gram1bulan1keluarga"✔

☎️ Call/WhatsApp : 0175894653
https://www.facebook.com/ggv.dealer.alorsetar
http://www.ggv.my/hop.php?ref=khairulJE

Want your business to be the top-listed Finance Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Hutan Kampong
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00