Nisa' Alor Setar

Nisa' Alor Setar

Share

Pertubuhan Nisa‘ Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO yang berdaftar sejak 11 January

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi simbol ketaatan tertinggi, keikhlasan, dan pengorbanan ego serta nafsu demi meraih keredhaan Allah.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti dan berkongsi rezeki.

26/05/2026

Selamat menunaikan ibadah dan mengejar kelebihan Hari Arafah, 9 Zulhijjah 1447 H.

Moga diampunkan dan dihapuskan dosa-dosa yang lalu🤲.

Nisa’ Kedah mengucapkan Selamat Berpuasa Hari Tarwiyah & Hari Arafah 1447H.

Semoga amalan puasa sunat ini menjadi asbab pengampunan dosa, menambahkan ketakwaan serta mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.

🕌 Hari Tarwiyah : 25 Mei 2026
🕋 Hari Arafah : 26 Mei 2026

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa Hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
(HR Muslim)

Semoga setiap amalan diterima dan dipermudahkan. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 💜

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja!

Pekerja adalah aset terpenting negara. Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang telah mencurahkan keringat dan bakti demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama.

Terima kasih atas kerjasama profesional dan komitmen tinggi yang anda berikan. Teruskan memberi sumbangan terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.

Alhamdulillah.

02/04/2026

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

​"Autisme bukanlah penyakit, ia adalah satu keistimewaan." 🧩✨
​Mari kita sama-sama memupuk rasa kasih sayang dan membina masyarakat yang lebih inklusif untuk semua. Setiap insan itu istimewa, dan mereka berhak mendapat tempat yang terbaik dalam hati kita semua.


Photos from Nisa' Alor Setar's post 11/01/2026

[PROGRAM I LOVE SCHOOL 2026: MENYANTUNI GENERASI MASA DEPAN]

​Alhamdulillah, pada Jumaat, 9 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsung Program I Love School 2026 bertempat di Alor Setar. Program yang bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang ini telah berjalan dengan penuh lancar dan ceria.

✨​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghantar anak-anak. Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi jemputan, malah secara tidak langsung menyuntik semangat baharu buat anak-anak sebelum bermulanya sesi akademik 2026 tidak lama lagi.

✨​Melalui penyerahan bantuan persekolahan ini, kami berharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan keluarga, sekali gus menjadi pemangkin motivasi buat anak-anak 'The Pearl of Kedah' untuk melangkah ke sekolah dengan lebih bersemangat.

​Semoga anak-anak ini terus memacu kecemerlangan, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi memartabatkan agama, bangsa, dan negara.

​"Pendidikan Berkualiti, Generasi Berbakti"

​Ikhlas daripada 💜
Urusetia Nisa' Kawasan Alor Setar.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Alor Setar