Syed Mohd Johan Rizal
Partners / Lawyer @ Khairil&Co // Volunteering @ I-Reach Centre AOR // Naib Ketua UMNO Alor Setar
Alhamdulillah… doa seorang ibu untuk anaknya dimakbulkan Allah.
Hari ini Pak Tuan ada kesempatan turun sendiri skali lagi ziarah adik Nurul Syafiqah, nak sampaikan berita gembira bahawa MARA melalui DR ASYRAF WAJDI DUSUKI sudi membantu menyambung pengajiannya.
Anak cemerlang ini hampir tercicir kerana susahnya hidup… tapi Allah buka jalan. Di mana ada kemahuan, di situ ada harapan.
Pak Tuan puas dapat bantu. Moga Shafiqah terus terbang tinggi demi masa depan keluarganya.
Terima kasih Kak Ros ibunya yang mula-mula hubungi Pak Tuan.
07/11/2025
Malam ni Pak Tuan bersama Mantan MB, nak kupas bab cukai ni.
Pakat pakat renung dan dengaq pendekatan UMNO dalam isu ini.
jumpa di alam maya jam 9pm nanti ya!
02/08/2025
Alhamdulillah, Program Kesihatan Ibu: Cegah Anemia Semasa Hamil anjuran Pelatih Jururawat ILKKM Alor Setar dengan kerjasama Klinik Kesihatan Jalan Putra, KOSPEN KRT Taman Utama, Masjid Al-Hussein Seberang Pumpong dan JPKKP Kg Lubuk Peringgi telah berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih Pak Tuan ucapkan kepada semua yang menjayakan, dari petugas kesihatan, sukarelawan hingga ibu-ibu yang hadir penuh semangat. Kesihatan ibu adalah asas keluarga bahagia, dan komuniti prihatin adalah kunci masa depan yang lebih sihat. Teruskan usaha mendidik, menyokong dan cakna akan kesihatan ibu dan anak kita.
Ibu sihat, keluarga bahagia,
Ilmu dikongsi, komuniti berjaya!
USUL TERGEMPAR: MENUNTUT KEADILAN UNTUK DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini sebulat suara membawa usul tergempar bagi menyatakan pendirian tegas bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak berhak diberikan keadilan sewajarnya berdasarkan prinsip undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Seiring dengan pendedahan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, kami menuntut agar:
1. Titah tersebut didedahkan secara rasmi dan dilaksanakan tanpa penangguhan;
2. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kemungkinan wujudnya unsur sabotaj terhadap titah diraja;
3. Sekretariat Khas Pembelaan Najib diwujudkan bagi menyelaras usaha fakta, sokongan akar umbi dan naratif awam.UMNO tidak boleh berdiam diri apabila seorang pejuang parti yang pernah mengangkat martabat rakyat kini berdepan kezaliman yang diragui prosesnya.
UMNO mesti berdiri atas prinsip bukan tekanan!
KeadilanUntukNajib
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Rizalia 2446Q
Alor Setar
05250