Ex Double Treble Kedah

Ex Double Treble Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ex Double Treble Kedah, Athlete, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar.

Photos from Ex Double Treble Kedah's post 05/11/2025

XDT KEDAH LEGEND DI KEJOHANAN U12 KEDAH JUNIOR LEAGUE PIALA YB MUHAMAD AMRI WAHAB! 💚💛

Kejohanan U12 Kedah Junior League 2025 yang berprestij, merebut Piala YB Muhamad Amri Wahab, melakar sejarah apabila dimeriahkan dengan kehadiran pemain-pemain Ex Double Treble (XDT) Kedah Legend!

Pihak urusetia, FAB FC telah menerima kunjungan hormat XDT Kedah yang cukup bermakna dengan kehadiran beberapa pemain skuad XDT Kedah yang diwakili oleh legenda tempatan seperti Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Sany Mat Isa, dan Mohd Fadhly Baharom. Turut memeriahkan acara ialah bekas pemain Kedah Mohd Fauzi Nan, Mohd Amirul Nidzam Mahdzir dan Mohd Rafiz Abu Bakar, bersama pengurusan XDT Kedah.

Kehadiran YB Muhamad Amri Wahab sendiri untuk menyaksikan Perlawanan Akhir adalah kemuncak motivasi! YB dan barisan pemain XDT Kedah telah bersama-sama menyampaikan hadiah dan anugerah kepada para pemenang.

Detik inspirasi bersama pemain akar umbi ini amat penting untuk menaikkan semangat pasukan yang beraksi di pentas akhir. Sebagai tanda penghargaan, Ex Double Treble Kedah turut menyampaikan hadiah istimewa berupa lanyard dan mafla eksklusif kepada pemenang.

Terima kasih yang tidak terhingga buat YB, FAB FC kerana sudi menjemput XDT Kedah, dan semua pihak yang terus menyokong pembangunan sukan di Kedah!

28/10/2025

A CSR Project by XDT Empire. Supported by CT Global Travel & Tour, Econsave & Athelead.

Sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Pokok Sena di Dewan Serbaguna Pokok Sena. Lawatan diadakan pada 27 Oktober 2025 dan berlangsung selama sejam bersama mangsa terlibat dan wakil rakyat DUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz.

Photos from Ex Double Treble Kedah's post 27/10/2025

📸 Sorotan foto lawatan Ex Double Treble Sport Empire di Dewan Serbaguna Pokok Sena untuk sumbangan CSR kepada mangsa banjir di PPS Pokok Sena.

Hari ini, Ex-Double Trouble Sport Empire dengan bangganya mengumumkan kejayaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pertama kami! Ini adalah hari bersejarah yang membuktikan bahawa semangat kesukanan dan tanggungjawab sosial berjalan seiring.

Inisiatif mulia ini adalah lambang kekuatan sokongan peminat. Setelah menyaksikan sambutan luar biasa 18,000 penyokong pada perlawanan legenda baru-baru ini, kami telah menunaikan janji sebahagian daripada hasil kutipan tiket telah disalurkan terus untuk membantu mangsa banjir. Sokongan padu anda di stadium kini telah bertukar menjadi bantuan kecemasan yang nyata buat mereka yang memerlukan.

Sumbangan ini telah disampaikan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Zon Pokok Sena melibatkan 36 keluarga, bertempat di Dewan Serbaguna Pokok Sena.

Kami amat menghargai kerjasama dan komitmen rakan penaja strategik kami yang turut serta menjayakan misi ini: Athelead, Econsave dan CT Global Travel Sdn. Bhd.

🤝 Delegasi Kehormat & Para Hadirin:
Kehadiran delegasi dari kalangan bekas pemain Kedah dan juga wakil rakyat telah menyuntik inspirasi dan mengukuhkan mesej perpaduan dalam program ini:

▶️ Wakil Rakyat: YB. Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz (ADUN Bukit Lada) dan YB Muhammad Amri Wahab (ADUN Derga).

▶️ Ikon Ex-Double Trouble Kedah Legend: YB. Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim dan Mohd Sany Mat Isa.

▶️ Rakan Penaja: Encik Mohd Rozzi Bin Nayan (Athelead), Encik Zamzuri Mansor (Econsave) dan Puan Siti Noraini Abdullah, Pengarah Urusan (CT Global Travel & Tour Sdn. Bhd.).

Kehadiran bekas-pemain legenda ini di PPS jelas memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada mangsa yang diuji bencana.

✅ Komitmen Masa Depan:
Ex Double Trouble Sport Empire bertekad untuk menjadikan usaha ini sebagai permulaan kepada komitmen jangka panjang. Kami akan menganjurkan lebih banyak program amal dan acara sukan yang bertujuan untuk memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat, menggunakan platform sukan sebagai ejen perubahan.

Terima kasih kepada semua penyokong dan rakan penaja dan semua pihak yang terlibat dalam melancarkan aktiviti CSR ini.

CT Global Travel And Tour Econsave Athelead Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz

Photos from Ex Double Treble Kedah's post 27/10/2025

DARI PADANG KE SUMBANGAN IKHLAS: EX-DOUBLE TROUBLE MULAKAN LANGKAH CSR SULUNG BERSAMA RAKAN STRATEGIK

19/10/2025

✨ Selamat Menyambut Hari Deepavali ✨

EX DOUBLE TREBLE mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.

Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran kepada anda sekeluarga.
Marilah kita terus menyemai semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kita.

Photos from Ex Double Treble Kedah's post 16/10/2025

PERHATIAN..PERHATIAN...PERHATIAN..!!!
Nombor-Nombor Tiket Hadiah Cabutan Bertuah yang belum dituntut lagi...Pemegang Nombor2 berkenaan sila hubungi team admin dengan kadar segera...

Tarikh tutup tuntuntan pada hari (Sabtu 18.10.2025)

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
www.wasap.my/60124466446/cabutanbertuah
www.wasap.my/60124466446/cabutanbertuah
www.wasap.my/60124466446/cabutanbertuah

1st Half - Ex Double Treble Kedah VS Ex Malaysia Legend | CT Global Legend Cup 10.10.2025 15/10/2025

Yang mana yang nak tengok balik Game 10.10.2025 haritu boleh tekan link di bawah ni...Tapi jangan lupa Follow Like Comment & Subscribe sekali yer.. Admin dah letak 1st & 2nd half sekali..

1st Half https://youtu.be/xusZWidGVRc

2nd Half https://youtu.be/SZCTPKjpSqc

1st Half - Ex Double Treble Kedah VS Ex Malaysia Legend | CT Global Legend Cup 10.10.2025 CT GLOBAL LEGEND CUP 2025 ⚽🔥Buat julung kalinya, Kedah akan menjadi saksi kepada pelancaran kejohanan bola sepak penuh berprestij iaitu CT Global Legend Cup...

ExDoubleTrebleKedah is LIVE | TikTok 13/10/2025

Tq guys..

ExDoubleTrebleKedah is LIVE | TikTok TQ Guys…. | Check out ExDoubleTrebleKedah LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from ExDoubleTrebleKedah.

13/10/2025

MALAM NI (MIN) AKAN BUAT LIVE DI TIKTOK Exdoubletreblekedah
PADA JAM 9.45MLM…🔰🥹🤲🏻

13/10/2025

Why Outlaw why..Apa yang depa rasa masa ni..Min yg buat pun rasa sebak..apatah lagi depa ni…Al-Fatihah 🤲🏻🥺🔰🫡

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Lebuhraya Darulaman
Alor Setar