Selera Tok Kedah

Selera Tok Kedah

Share

Wasap 01120953719 utk order pekasam tok kedah

26/01/2019

Gambaq ni ja sempat ambil.Sat ja licin.

Resepi ketupat
2kg beras pulut
3 biji kelapa tua kulit hidup
2 helai daun pandan
Garam halus secukup rasa lemak.

Cara
Basuh beras pulut toskan/sejat air
Perah santan biar sebentar.
Masukkan beras pulut dan ratakan.
Senduk pati santan lapisan atas masukkan ke atas beras pulut sampai tenggelam atau lebihkan dalam 1cm*kalau nak ketupat lembut.
Masukkan garam.kacau dan rasa.
Dah ok masuk daun pandan kacau dengan api besar sampai kering separuh masak.*jangan sampai berkerak.
Tutup dengan tudung periuk sebentar dlm 10-15minit.
Bolehlah balut dan rebus sampai air kering.

Resepi Sambal udang buah belinjau.
Semangkuk udang sederhana
Semangkuk buah belinjau potong dua.
*10-15 biji cili kering(jenis berkedut) gunting tapis buang biji dan rebus sebentar atas api.
*5 ulas bawang putih
*5 ulas bawang besar(merah)
2 keping asam gelugor.
Sesudu Pes asam jawa/boleh tambah jika kurang masam.
Garam gula secukup rasa.Guna garam kasar selalunya.
Sebatang serai diketuk.
Minyak utk menumis.

Cara
Bahan bertanda*kisar halus bersama air secukupnya.
Tumis dengan minyak secukupnya
Masukkan asam keping sampai pecah minyak.
Masuk garam gula sesedap rasa.pes asam jawa.
Masukkan udang.
Masukkan buah belinjau.
Kaup balik sampai sering atau sedikit kering.boleh dihidangkan.

juga guna isiKerang.Laki cheq kata lagi sedap.😉

🌺🌺50 RESEPI KUIH-MUIH TRADISIONAL🌺🌺 18/01/2019

ASSALAMMUALAIKUM WBT
ni admin share 50 resepi KUih Muih Tradisional yang lazat,sedap dan mudah..

Sila SHARE supaya tak hilang
Tolong comment " Mohon Share " supaya newsfeed kami aktif. TQ
Jangan lupa Like Resepi Isteri Viral

01/01/2019

Alhamdulillah. Welcome 2019 buat semua. 😊

17/10/2018

Siapa s**a mkn bubur pulut hitam ?
Ni versi cheq adjust buat untuk tok laki.sebab katanya tak berapa minat nk mkn disebabkan rasa dan bau aromanya.

Bahan

Beras pulut hitam
daun pandan
gula merah
Santan
Gula putih
Garam besar
1sudu besar esen vanila.

Cara

Rendam pulut hitam
Rebus dengan air dan daun pandan sampai kembang.
Masuk santan.
Gula merah yg dibancuh&ditapis
Esen vanila.
Masukkan gula dan garam sesedap rasa.
Sambil kacau bubur daripada meruap dan pecah minyak.

Bolehlah dihidang..Suami dan anak2 makan bertambah.Alhamdulillah.Idea ilham daripada Allah SWT.

20/07/2018

Cheq nak kongsi minuman simple ja..Dari kecil mak cheq s**a kisar pegaga kampung campur susu tepung yg dibancuh dgn air suam.Alhamdulillah s**a sangat.1jag pun boleh habis😆

Dalam pantang sangat bagus diminum.
Melancarkan perjalanan darah..jangan terkejut lepas amal minum susu pegaga ni darah bantal besar penumbuk keluar buak-buak.
Menambahkan susu badan.
Awet muda la kan...bila kerap amal pegaga ni☺

Selamat mencuba!

Want your business to be the top-listed Bakery in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Alor Setar
06800