Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang
Laman Facebook Gabungan Ranting Keadilan Taman Sri Raya Ampang Selangor. Gabungan ini meliputi:
1. Ranting Taman Sri Raya (TSR)
2. Ranting TSR Evo
3.
27/04/2023
Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang melalui Ketua Ranting, Saudara Noorudin bin Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada golongan ibu yang telah menyertai majlis khatam al-Quran sempena Ramadan lalu.
Semoga kerjasama ini akan bukan sahaja menjadikan amalan dan pembudayaan bacaan al-Quran menjadi amalan hidup, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
27/04/2023
Sebelum Ramadan menjelang tiba, Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang melalui Ketua Masyarakat yang juga Ketua Ranting Taman Sri Raya, Saudara Noorudin bin Ibrahim, dengan kerjasama Surau Taman Sri Raya, Ampang menganjurkan ceramah sempena Isra' dan Mikraj di Surau Taman Sri Raya Ampang.
Ceramah juga menarik, di mana penceramah jemputan banyak menggunakan pendekatan metafora yang menjadikan ceramahnya mudah difahami dan menarik.
Rasulullah S.A.W mengajar kita untuk hidup dengan perpaduan yang utuh dan tidak berpecah belah. Tindakan melaga-lagakan dan mengadu domba hanya akan menjadikan bukan sahaja masyarakat tidak bersatu padu, tetapi juga mengundang ketidak sefahaman dan perseteruan.
Semoga pengajaran dari peristiwa Isra dan Mikraj menjadikan kita sentiasa lebih menyayangi sesama insan dan bersatu hati ke arah masyarakat yang madani.
27/04/2023
THROWBACK: Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang memperingati salah seorang pendokong dan juga ahli Keadilan iaitu Almarhum Tuan Haji Sayudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Jun 2022.
Almarhum merupakan salah seorang yang kuat menyokong kami sepanjang hayatnya. Almarhum rebah di Surau Taman Sri Raya, Ampang dan difahamkan berkait dengan serangan jantung.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. Allahummaj'al qubruhu roudhotun min riyadhi al-jannah.
Takziah buat ahli keluarga Almarhum dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
27/04/2023
THROWBACK: Salah satu kenangan Ramadan bagi pihak Gabungan Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang ialah membantu Almarhum Pak Hamzah yang uzur dan tinggal bersendirian.
Atas inisiatif Saudara Shahrom Hassan, yang menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (Hulu Langat) selepas mendapat makluman mengenai Almarhum, pihak JKM berjaya mendapatkan tempat di salah satu rumah kebajikan di Kajang, Selangor.
Namun tidak lama kemudian, almarhum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah kebajikan tersebut. Pihak rumah kebajikan memaklumkan semenjak almarhum di tempatkan di sana, almarhum kelihatan gembira dan banyak menghabiskan masanya di surau.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. Allahummaj'al qubruhu roudhotun min riyadhi al-jannah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Taman Sri Raya
Ampang
68000