Mrsm Checkpoint IGCSE
Grab the latest Checkpoint past year exam papers from us now !!
SENARAI MRSM terkini dan aliran.
Semoga senarai MRSM terkini ini bermanfaat kepada ibu bapa dan pelajar yang akan membuat permohonan kemasukkan ke MRSM, Insyaallah.
Maktab Rendah Sains Mara atau MRSM adalah sejenis sekolah berasrama penuh yang di bina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia.
Berikut senarai MRSM terkini mengikut aliran sebagai rujukan pelajar dan semua ibu bapa.
Pelajar perlu menghadiri Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM (UKKM) utk semua pilihan aliran MRSM.
1. MRSM PROGRAM PREMIER
MRSM Program Premier menawarkan
program pendidikan gabungan antara
kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas
MRSM berteraskan STEM yang merangkumi
modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran
insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan
mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM),
Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.
MRSM PROGRAM PREMIER menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1 & 4.
✔ Peperiksaan yg akan diambil:
SPM
Senarai MRSM PREMIER
MRSM Muar
MRSM Mersing
MRSM Batu Pahat
MRSM Terendak
MRSM Serting
MRSM Muadzam Shah
MRSM Tun Ghazali Shafie
MRSM Gerik
MRSM Lenggong
MRSM Pasir Salak
MRSM Pengkalan Hulu
MRSM Sultan Azlan Shah
MRSM Kuala Terengganu
MRSM Kuala Berang
MRSM Besut
MRSM Pasir Tumboh
MRSM Jeli
MRSM Kuala Krai
MRSM PDRM Kulim
MRSM Pendang
MRSM Merbok
MRSM Baling
MRSM Beseri
MRSM Arau
MRSM Betong
MRSM Mukah
MRSM Kota Kinabalu
MRSM Kuching
2. MRSM BITARA- TINGKATAN 4
MRSM Program Bitara menawarkan program
pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM
berteraskan STEM yang merangkumi
modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran
insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti
sukatan pelajaran Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan
Kursus Pembangunan Sahsiah.
MRSM Program Bitara menawarkan
pendidikan kepada pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik tinggi melalui
pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan
pembangunan bakat serta potensi pelajar
(gifted & talented).
MRSM Program Bitara melaksanakan
modifikasi kurikulum melalui pendekatan
pemadatan, pelebaran dan pedalaman
(compacting, breadth and depth) bagi
melahirkan pelajar yang mempamerkan
perlakuan bestari (gifted behavior).
MRSM PROGRAM BITARA hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 4 shj dan permohonan dari pelajar MRSM PROGRAM Premier ke MRSM PROGRAM BITARA
Senarai MRSM PROGRAM BITARA adalah seperti berikut:
MRSM Taiping
MRSM Pengkalan Chepa
MRSM Tun Ghafar Baba
3. MRSM PROGRAM ULUL ALBAB.
MRSM Program Ulul Albab menawarkan
program pendidikan gabungan antara
kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas
MRSM berteraskan STEM yang merangkumi
modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran
insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan
mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus
Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Ulul Albab ialah program nilai
tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang
bermatlamat melahirkan ahli profesional,
teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja
berilmu pengetahuan tetapi mempunyai
kemahiran dalam bidang keagamaan
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai generasi Ulul Albab.
MRSM PROGRAM ULUL ALBAB hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
✔Peperiksaan yg akan diambil:
SPM
Senarai MRSM PROGRAM ULUL ALBAB
MRSM Kota Putra
MRSM Gemencheh
MRSM Sungai Besar
MRSM ATM Bera
MRSM Bagan Datuk
MRSM Kepala Batas
MRSM Semporna
MRSM Felda (Trolak)
4. MRSM Program IGCSE
MRSM Program International General
Certificate of Secondary Education
(IGCSE) menawarkan program pendidikan
gabungan antara kurikulum kebangsaan,
kurikulum khas MRSM berteraskan STEM
dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang
merangkumi modul pembangunan
sahsiah, modul keusahawanan serta
modul kemahiran insaniah. Pelajarpelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus
Pembangunan Sahsiah.
Program ini memberikan peluang kepada
pelajar untuk mengikuti kurikulum
antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi.
Cambridge Syllabus merupakan kurikulum
yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf
British GCSE dan International GCE O Level.
Integrasi kurikulum ini akan memberikan
nilai tambah (value add) kepada
pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar
akan menduduki Cambridge IGCSE pada
akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.
MRSM IGCSE hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
✔Peperiksaan yg akan diambil:
IGCSE (Tingkatan 4)
SPM (Tingkatan 5)
SENARAI MRSM IGSCE
MRSM Johor Bahru
MRSM Alor Gajah
MRSM Kuala Klawang
MRSM Kuantan
MRSM Tun Abdul Razak
MRSM Kuala Kubu Bharu
MRSM Parit
MRSM Tumpat
MRSM Langkawi
MRSM Kubang Pasu
MRSM Kuching
MRSM Tun Mustapha
LEBIH INFO SILA RUJUK;
https://www.facebook.com/.../permalink/3775644312564257/
6. MRSM Program Teknikal
MRSM Program Teknikal menawarkan
program pendidikan gabungan antara
kurikulum kebangsaan dan kurikulum
khas MRSM berteraskan STEM yang
merangkumi modul pembangunan
sahsiah, modul keusahawanan serta
modul kemahiran insaniah. Pelajarpelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan
Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen
teknikal melalui mata pelajaran Sains
Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan
Robotik, Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of
Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan
1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil
sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan
atau Kejuruteraan Mekanikal atau
Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek
elektif pilihan wajib..
✔Peperiksaan yg akan diambil:
SPM
Hanya ada DUA buah shj MRSM TEKNIKAL :
MRSM Bentong
MRSM TRANSKRIAN
MRSM TEKNIKAL hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
_______________________________________________________________________
Sekiranya ada yang salah or tambahan dr Ibubapa lain sila tambah/tegur sy akan betulkan. Segala kekurangan adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Terima kasih.
Юлия Julia
6 Ogos 2024
P/s kalau copy paste mohon bg kredit penulis asal. Terima kasih.
06/08/2024
SILA BACA.
SILA BACA.
SILA BACA.
Maafkan kami, terpaksa mohon IBU BAPA untuk membaca dan fahamkan arahan utk kemudahan bersama.
BUKU-BUKU YANG DI JUAL DLM PAGE ini adalah untuk PELAJAR yang SEDANG BELAJAR DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA ALIRAN IGSCE.
BUKAN UNTUK PELAJAR YANG BARU MOHON.
SEKIRANYA IBU BAPA BERMINAT NAK BELIKAN UNTUK ANAK-ANAK SILA DM KAMI. ANDA NAK BELI BUKU UNTUK ANAK-ANAK SENDIRI SILA FAHAMKAN ARAHAN. SILA DM KAMI, BUKAN MINTA KAMI DM ANDA.
KAMI HANYA AKAN MELAYAN DAN MEMBERIKAN BUTIRAN BAYARAN HANYA KEPADA IBU BAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI BUKU SAHAJA.
SILA JANGAN ORDER SEKIRANYA TIDAK BOLEH MENUNGGU 20-30 HARI BEKERJA UNTUK BUKU SAMPAI.
BUKU-BUKU INI HANYA SESUAI DI GUNAKAN SEMASA PELAJAR BERASA DI TINGKATAN 1 DAN 2 MRSM IGCSE SHJ.
Buku available utk pre order.
Ambil masa 20-30 hari bekerja utk buku sampai setelah bayaran di buat.
KS3 Maths Revision Guide - Higher (includes Online Edition, Videos & Quizzes) (Cgp Ks3 Revision Guides) RM30.38
KS3 Science Revision Guide - Higher (includes Online Edition, Videos & Quizzes) (Cgp Ks3 Revision Guides) RM30.38
Delivery ke semenanjung RM 8.
Please note that delivery time required may change if there is insufficient stock for this item.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ampang
68000