PAS Ampang

PAS Ampang

Share

PAS Kawasan Ampang Official PAS Ampang FB.

Photos from Ustaz Anuar Hayan's post 06/07/2026

N15 No 1

04/07/2026

Geng hijau dan geng biru, semua berhenti bila lampu merah.

Kedua-dua pasukan terus mara bila lampu mula hijau.

Demikian juga dalam hari buang undi nanti. Hentikan tangan kita daripada pangkah pakatan yang berlogo Merah.

Alangkah baiknya jika penyokong hijau dan penyokong biru bina ketumbukan menolak pakatan yang berlogo merah pada 11 Julai nanti.

04/07/2026

Bila Raja Formula Serba Tahu...

Ada orang yang setiap hari sibuk mengajar orang lain tentang strategi politik. Gayanya macam semua orang salah, dia seorang sahaja yang betul. Semua percaturan politik negara kononnya sudah ada dalam kira-kira "formula" ciptaannya.

Terbaru, beliau tampil dengan satu lagi teori yang agak menggelikan hati.

Kononnya, PAS sedang berusaha untuk menjadikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Bila dengar kenyataan itu, terus timbul satu persoalan.

Raja Formula ni baru sedar daripada lena ke? Atau baru semalam mengenali siapa Zahid Hamidi?

Bukankah ketika beliau sendiri bergelar menteri, Zahid sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Mengapa ketika itu tidak kedengaran suara lantang membantah?

Mengapa ketika itu tidak muncul p**a "formula" yang mengatakan kerajaan itu perlu ditolak kerana adanya Zahid?

Hari ini, apabila sudah berada di luar kerajaan, tiba-tiba muncul pelbagai teori kononnya PAS mahu mengangkat Zahid sebagai Perdana Menteri.

PAS tidak pernah menyembunyikan matlamat perjuangannya. Fokus PAS ialah memperkukuhkan kesatuan ummah, menyatukan kekuatan politik Melayu-Islam serta membina satu gabungan yang mampu menjadi alternatif kepada kerajaan PH yang hari ini banyak dikuasai oleh DAP.

Yang berubah bukan pendirian PAS. Formula kamu yang berubah ialah "formula" bergantung ketika dalam kerajaan atau di luar kerajaan.

Sebab itu rakyat hari ini semakin bijak menilai. Bukan siapa paling kuat bercakap yang akan dipercayai.

Abu Rantisi
Ketua Penerangan PAS Ampang

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


47, Jalan DaGang 8, Taman Dagang Jaya
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00