INTERAKTIF DAKWAH MINDA

INTERAKTIF DAKWAH MINDA

Share

Selamat Datang ke Laman Page Rasmi INTERAKTIF DAKWAH MINDA. Salam perkenalan mesra.Semoga page kami ini mampu memberi manfaat kepada ummat islam.

Program Talkshow @ KOSPEN Bintong 2016 18/12/2016

Menerusi Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis, IDM telah menerima jemputan ceramah dalam Program Talkshow anjuran Parlimen Kangar. Program telah berlangsung pada 18 Disember 2016 bertempat di Kampung Jarak, Bintong Kangar Perlis. Turut mengiringi Pengarah Urusan ialah Timbalan Pengarah Urusan IDM, Puan Nur Shariha. Terima kasih buat pihak penganjur atas jemputan tersebut. Tahniah juga buat semua para hadirin yang hadir. Semoga kita bertemu di lain program.

10/09/2016

PERUTUSAN KHAS SEMPENA ULANGTAHUN INTERAKTIF DAKWAH MINDA YANG KE 4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera
Salam mesra IDM
Salam sehati sejiwa

Alhamdulillah pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa tingginya kesyukuran diatas limpah rahmat serta kasih sayang dari Nya, IDM atau nama penuhnya Interaktif Dakwah Minda telah menjejak usia 4 tahun. Biarpun berusia 4 tahun, saya amat terharu melihat sokongan padu dan dorongan dari rakan-rakan sekalian bagi melihat IDM terus melangkah lebih jauh. Saya amat percaya, tanpa sokongan dan dorongan dari rakan sekalian , IDM tidak dapat pergi lebih jauh.

Menjejak usia 4 tahun , pelbagai kisah s**a dan duka dicoretkan, pelbagai kenangan telah dinukilkan. Pengalaman IDM berdiri sebagai sebuah syarikat konsultan motivasi anak muda ini telah mendewasakan saya serta rakan krew yang lain dalam usaha mencipta mutu program yang lebih berkualiti. Meskipun IDM bukanlah satu nama yang terkenal, namun usaha saya bersama krew yang lain tetap akan berterusan melahirkan generasi islam yang cemerlang.

4 tahun sudah IDM berdiri sebagai konsultan motivasi, hampir 20 program motivasi yang telah berjaya kita jalankan. Namun, dari satu sudut yang lain, bukan bilangan yang menjadi sasaran kami tetapi mutu kualiti program yang sentiasa kami titikberatkan. Selain pelbagai program yang telah banyak kita jalankan, kita juga telah berjaya menjalinkan hubungan rasmi dengan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Pertubuhan Kebajikan anak Yatim Perlis dan Persatuan Pelajar Islam Perlis. Saya berharap dengan jalinan kerjasama yang ada ini dapat membimbing kami melangkah lebih jauh.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh warga krew IDM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah memberikan sokongan padu kepada kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung . Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat semua yang telah membantu IDM sama ada secara langsung mahupun tidak. Allah jualah sebaik-baik tempat pembalasan.

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi buat semua yang menyokong dan mendorong kami untuk terus melangkah. Jutaan terima kasih tak saya lupakan buat insan-insan yang pernah hadir dalam diari kehidupan IDM. Teruskanlah menyokong IDM dan kami doakan agar segala kerja amal yang telah dilakukan ini mendapat redha dari Nya.

Sekian terima kasih

"Seiring Sehaluan Tetap Bersama"

Yang benar
MUHAMMAD FAIDHI BIN AZIS
Pengarah Urusan
Interaktif Dakwah Minda

Photos 10/09/2016

Tahniah kepada 3 pemenang Peraduan Selfie Bersama Jalur Gemilang Sempena Ulangtahun IDM yang ke 4. Buat mereka yang tidak bernasib baik, jangan risau hadiah istimewa turut menanti anda.

Berikut 3 pemenang utama :

1) Muhammad Shahalril Aimin Bin Halim, Tambun Tulang Arau Perlis

2) Nur Syazwani Najiha Binti Sukri , Yan Kedah Darul Aman.

3) Mohammad Aminuddin Bin Roslin, Felda Chuping , Perlis.

Tahniah buat semua !!!

Photos 09/09/2016

TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA PENGARAH URUSAN INTERAKTIF DAKWAH MINDA SEMPENA ULANGTAHUN IDM YANG KE 4

Wartawan : Assalamualaikum tuan.

Faidhi Aziz : Waalaikumusalam wbt

Wartawan : Pertama sekali tahniah atas kelahiran anak sulung tuan pada 27 Ogos baru-baru ini. Kami ingin menemuramah tuan sempena 4 tahun tuan kendalikan IDM.

Faidhi Azis : Alhamdulillah terima kasih. Ya silakan. Saya sedia berkongsi.

Wartawan : IDM telah menjangkau usia 4 tahun dan tuan masih bersama IDM. Apa yang menjadi kekuatan untuk tuan dalam mengharungi cabaran menguruskan IDM ?

Faidhi Azis : Ya sebagaimana yang kita lihat, IDM mengalami banyak proses kematangan dan benda ini tidak akan dapat sekiranya kita mengalah. Sebab itu, kekuatan sebenarnya adalah keazaman kita kejituan dan kesungguhan kita sehingga kita tidak hiraukan cercaan maki hamun orang dan sebagainya. Isteri serta keluarga saya turut menjadi kekuatan diri saya selain sokongan dari kenalan. Semua ini saya percaya tiada kekuatan yang lebih utuh untuk mengendalikan sebuah syarikat melainkan datangnya dari Allah.

Wartawan : Tuan telah banyak mengalami cabaran khususnya dalam hendak membentuk organisasi IDM. Ada orang yang hanya sekadar menumpang populariti dan sebagainya. Bagaimana tuan berhadapan dengan perkara ini ?

Faidhi Azis : Inilah salah satu cabaran besar bagi saya untuk membentuk organisasi yang tetap. Saya sedar saya telah terlalu banyak memberi kepercayaan kepada orang hingga kepercayaan tersebut tidak bermakna buat mereka yang ses**a hati masuk keluar IDM. Namun saya redha dan saya hadapinya dengan penuh kesabaran dan kadang kala airmata jua yang menjadi peneman kepada perjuangan syarikat ini. Sebab itu, selepas ini saya memerlukan banyak ruang masa untuk saya buat keputusan untuk memastikan IDM terus berjalan dengan lancar .

Wartawan : Untuk rekod tahun ini, IDM berjaya menampilkan artis selebriti dalam program IDM yang lepas dan ini menjadi bukti bahawa IDM boleh bergerak lebih jauh lagi . Apa pandangan tuan?

Faidhi Azis : Ya ia satu pencapaian yang terbaik setakat ini. Semua ini sudah tentu tidak akan berjalan sekiranya tanpa bantuan krew IDM yang terlibat. Selain itu, IDM juga berjaya menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Pelajar Islam Perlis (PerPip) dan ini satu lagi hubungan rasmi IDM bersama pihak luar. Saya akan terus komited untuk bersama IDM bagi melahirkan program yang berkualiti.

Wartawan : Di luar sana sudah tentu ramai lagi yang mahu mengenali IDM dan ada lagi yang tidak tahu apakah itu IDM. Apa kata-kata tuan untuk orang di luar sana dan harapan tuan untuk IDM.

Faidhi Azis : Untuk yang diluar sana, saya nak ambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong dan mendokong IDM untuk bergerak melangkah kearah yang lebih baik. Saya juga amat mengalu alukan sebarang komentar, cadangan atau pandangan yang membina untuk kebaikan kita bersama. Bagi yang belum kenal apakah itu IDM, kami hanyalah syarikat motivasi anak muda yang ingin berkongsi rasa untuk melahirkan generasi umat islam yang hebat. Teruskan mengenali kami dan moga Allah merahmati segala usaha baik kita ini. Harapan saya, moga anda semua terus menyokong IDM dan dengan berbekalkan sokongan yang ada ini kami akan terus kuat bergerak maju.

Photos 25/08/2016

TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA FASILITATOR RASMI IDM

Wartawan : Assalamualaikum cik Shahareen, Apa khabar ?

Shahareen : Waalaikumusalam , alhamdulillah sihat saja

Wartawan : Kenalkan, kami dari Unit Media IDM hendak temuramah cik Shahareen bersempena dengan ulangtahun IDM yang ke 4 ini. Boleh ?

Shahareen : Ok sudah tentu boleh.Tiada masalah.

Wartawan : Sepertimana yang kita semua tahu, IDM adalah sebuah syarikat motivasi anak muda yang sudah tentu ada hala tujunya yang baik. Sebagai fasi rasmi IDM, apakah yang anda boleh sumbangkan untuk terus membantu agar hala tuju IDM ini dapat dijalankan ?

Shahareen : Ok, pertama sekali terima kasih pada unit Media IDM sudi menemuramah saya.Sebagai seorang fasi rasmi saya akan sentiasa menjalankan segala tugas yang diberikan dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada yang lebih arif dan belajar dari orang yang lebih berpengalaman luas.

Wartawan : Anda sudah hampir setahun bersama IDM. Apa pendapat anda tentang pengurusan IDM ?

Shahareen : Saya berpendapat pengurusannya senget menepati kehendak para fasi kerana sentiasa menjaga kebajikan para fasi dan memahami. IDM juga sentiasa bergerak bagai sebuah keluarga yang masing-masing ada hak masing-masing untuk lontarkan pandangan. Tiada tekanan dan ia sangat seronok bila bergerak sebagai sebuah keluarga.

Wartawan : Sejarah IDM telah menunjukkan bahawa ramai orang datang dan pergi meninggalkan IDM. Sesetengah itu, hanya mahu meraih populariti IDM. Apa komen anda ?

Shahareen : Komen saya mereka terlalu mengambil mudah dan tidak rasa bersalah dengan keputusan yang telah mereka buat. Dan antara individu yang paling terkesan dalam hal ini sudah tentulah saudara Pengarah Urusan dan timbalannya. Mereka telah cuba sedaya upaya yang baik namun sikap tidak matang dalam berfikir, terburu-buru dan hanya mahu meraih populariti ini yang memakan diri individu yang hanya mahu meraih kesenangan semata-mata bersama IDM.

Wartawan : Sebagai fasi rasmi, sudah tentu anda ada target atau azam untuk dilaksanakan dalam IDM. Apa azam dan tekad anda unutk masa depan IDM ?

Shahareen : Saya berazam agar saya mendapat pelbagai ilmu dan teknik-teknik untuk menguruskan sesuatu program. Saya juga percaya, Pengarah Urusan IDM sentiasa terbuka untuk berbincang dalam apa jua hal dan keadaan demi kelangsungan IDM. Saya fikir banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari dalam IDM ini dan saya bersedia untuk kekal berkhidmat pada IDM.

Wartawan : Akhir sekali, IDM sudah pun berusia 4 tahun. Jadi apa harapan anda untuk IDM ?

Shahareen : Harapan saya moga IDM mampu untuk terus maju kehadapan dan menjadi syarikat yang terunggul. Saya doakan agar selepas ini, IDM akan lebih maju dan kekal bersaing dengan syarikat-syarikat motivasi yang lain.

Photos 25/08/2016

REPOST !!! JOM RAMAI-RAMAI SERTAI

Menjelang ulangtahun IDM yang ke 4, jom sertai Peraduan Selfie Bersama Jalur Gemilang. Hadiah menarik menanti anda !

Syarat2 Peraduan Selfie
- Terbuka kepada warganegara Malaysia
- Berumur 9 - 40 tahun

Langkah-langkahnya :

- Like laman rasmi page INTERAKTIF DAKWAH MINDA dahulu.

- Muat naik foto selfie anda bersama bendera jalur gemilang dan tag gambar anda pada facebook rasmi Interaktif Dakwah Minda.

- Setiap gambar yang dimuat turun harus disertakan dengan hasthtag & .

- Tarikh tutup penyertaan pada 29 Ogos 2016. 3 Gambar selfie yang paling kreatif dan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

- Keputuasan hakim adalah muktamad.

Jomm ramai-ramai kita sertai sekarang. Jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia IDM, saudari Nur Shahareen di talian 0142511512.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Arau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00