FuZe

FuZe

Share

Gamers playing Games for Fun

WeChop Clan! Please show your support by FOLLOWING ME

07/02/2024

Hard Works beat Talent when Talent doesn't Work Hard

28/01/2024

Memang awaklaa orangnya!!

03/01/2024

Tahun Baru Azam Baru?

Banyak perkara yang berlaku pada 2023. Permulaan tahun dengan aku takde kerja. Duduk je rumah tanam anggur sambil2 menjaga ma dan ayah. Masa tu takde fikir apa just usaha cari kerja sambil2 tu buat sikit freelance esports iaitu jadi caster. Apa ada masa tu sauk je. Dahlaa baru lepas banjir yang boleh kata top list terburuk sebab satu rumah tenggelam banyak barang kena buang.

Masuk bulan 3, alhamdulillah ada rezeki lepas banyak pegi interview. Dipanggil untuk jadi Livestream Operator untuk satu agensi TikTok. Nama je operator tapi kerja dia cari talent untuk agensi hahahaha. Masa ni laa kenal ramai orang pastu bos pulak chinese from China. Cakap ingris pon tatauu wooo member tu. Tapi sebabkan perlu cari rezeki. Usaha laaaa jugakkk camana pon. Perlukan kewangan masa tuuu~

Masuk hujung bulan 6, ada masuk live tiktok satu sahabat ni, masa tu saje je melayan sambil2 tengok member tu makan durian hahaha. Tapi alangkah rezeki nya bos beliau ada di sebelah. Ayat dia senang je masa tengok aku ada masuk dalam live.

"Weyh Fuze, meh kerja ngan aku. Aku nak kau handle esport aku"

Tanpa segan silu, terus set meeting seminggu kemudian, terus berhenti kerja seminggu lepas tu. Kena interview dekat homebois pitstop je bai hahaha. Bulan 7 terus masuk kerja tempat sekarang.

Alhamdulillah, memang masuk bidang yang dari dulu minat dan in shaa Allah minat ni takkan padam. Dunia esport ni keras bro tapi kalau kau kental, in shaa Allah manis2 tu akan datang.

Hampir setengah tahun ni MAQNA, alhamdulillah diberi peluang yang banyak untuk lead project yang agak besar. Tak pernah terfikir senanya nak dapat peluang tu tapi kalau kau kuat usaha, rezeki tu datang sendiri. Bos pon baik, suasana kerja pon baik, member2 kerja pon sangat sporting. Sumpah sportingg!!

Begitulah kehidupan ku tahun 2023. Bermula dengan tiada kerja di permulaan tahun sehingga berada di tempat sekarang.

Terima kasih kepada semua yang support aku dan ada masa aku jatuh dan bangun. Aku sangat hargai sumpah.

Azam tahun 2024? Emmm rasanya... dah tanak bujang? Hehehehe. Cuma saya doakan diri sendiri dan kawan kawan supaya dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan berjaya dunia akhirat.

31/12/2023

From left to right from the top

1 - My mos viral videos doing beatbox with MK Kclique
2 - Muka raya
3 - Muka raya v2
4 - My campaign with makan roti free hehe
5 - Comic Fiesta 2022
6 - Freestyle rap + beatbox with the one and only .sith !!
7 - Coming back for Comic Fiesta 2023
8 - First time masuk surat khabar mat!! Terima kasih
9 - Leading a pack of 40+ people berjalan site visit Comic Fiesta Day 0 2022

Its been a wonderful year. Going up and down with many obstacles and also opportunities. Terima kasih kepada semua! Seeya next year!!

Want your business to be the top-listed Media Company in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Ayer Keroh