Dtempezz
D'Tempezz: Kami menghasilkan kerepek tempe berkualiti tinggi, rangup, dan penuh rasa! Nikmati kudapan lazat ini dengan rasa asli tempe yang memikat selera.
11/09/2025
✨ THROWBACK MOMENT ✨
MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulillah syukur!
Throwback pada 26 April 2025, D’Tempezz berpeluang memenuhi tempahan istimewa 75 set hamper Tempe Chips dan 1 set Tempe Chips dalam Tupperware sebagai cenderamata eksklusif untuk para hakim sempena Mahrajan Al-Quran, Festival Nasyid & Khat 2025.
Alhamdulillah semuanya berjaya dihantar dengan penuh rasa syukur 🙏.
Terima kasih atas kepercayaan & sokongan semua. Doakan semoga D’Tempezz terus menjadi pilihan untuk memeriahkan acara-acara berprestij sebegini. 💛
09/09/2025
✨ KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA ✨
Through back persiapan & persediaan sebelum FAMA FEST 2024 dulu… memang penuh semangat 💪😍.
Masa tu TEAM D’TEMPEZZ sibuk loading stok, pack produk, susun booth — semua dilakukan dengan hati yang gembira.
Produk yang kami bawa ketika itu:
🫘 Tempe Segar
🥤 Air Soya Fresh
🥢 Kerepek Tempe Rangup
🥩 Batang Pinang Salai
Alhamdulillah, penat lelah terbayar bila tengok sambutan pengunjung yang luar biasa. Ada yang singgah merasa, ada yang terus borong bawa balik 💛.
Kini setahun berlalu, D’TEMPEZZ semakin berkembang dengan produk baru:
🌶️🐟 Sambal Garing Tempe Bilis
Dan jeng Jeng jeng 🎉 buat julung kalinya di FAMA FEST 2025, kami bawakan:
🥤🍵 Air Soya Matchaa
InsyaAllah, FAMA FEST 2025 kali ni akan lebih GEMPAK & meriah!
📅 25 – 28 September 2025
📍 Tapak Parkir AEON Mall Nilai
🤝 Jom sama-sama kita meriahkan FAMA FEST 2025 nanti!
09/09/2025
📅 30 Ogos 2025 (Sabtu)
🕣 8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍 Tapak Pasar Tani Rembau
🎉 Karnival Industri Makanan Asas Tani (IMAT) Negeri Sembilan 🎉
Syukur Alhamdulillah & terima kasih tidak terhingga kepada FAMA Negeri Sembilan kerana memberi ruang & peluang untuk Jempol Soya Enterprise (JSE) memperkenalkan produk D'Tempezz kepada orang Rembau 🌸.
🙏✨ Penghargaan khas juga buat oghang Rombau yang hadir & tak lokek support produk tempatan — kerepek tempe rangup, tempe segar & sambal garing tempe bilis D’TEMPEZZ 💛.
➡️ Doakan semoga produk usahawan kecil macam kami terus berkembang & dikenali ramai.
✨MasyaAllah Tabarakallah✨
Syukur Alhamdulillah 🌸
YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Chembong sendiri telah menikmati D'Tempezz Kerepek Tempe 😍.
💯 Feedback daripada YB— kerepek ni rangup, sedap & memang terbaik! 🔥
Syukur sangat bila produk tempatan dapat diterima & disukai oleh pemimpin kita sendiri.
Hari ini, Zura berbesar hati dapat menyantuni YB yang sudi turun mencemar duli ke tapak Pasar Tani Rembau 🙏✨.
Terima kasih YB atas sokongan & dorongan buat usahawan kecil seperti kami 💛.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Cacar Kampung Kuala Jempol
Bahau
72100