Portfolio Designer
PORTFOLIO DESIGNER merupakan platfom perkongsian karyaseni saya selama bekerja dalam dunia senibina.
06/12/2022
βΆοΈπππππ ππππππ-πππππππππππ πππππ
.
"Design lama, Gaya baru"
Mungkin tu tagline yang sesuai dengan design konsep rumah kali ni dengan mengekalkan susun atur ruang yang lebih tersusun dan kemas antara ciri-ciri ruang yang ada pada rumah traditional :
β
Anjung depan sebagai ruang menyambut tetamu
β
Memisahkan ruang tetamu dengan ruang keluarga
β
Ruang keluarga yang lebih luas dan selesa
β
Ruang dapur yang terlindung daripada tetamu
β
Anjung tepi sebagai ruang bersembang
β
Anjung belakang sebagai tempat membasuh
----------------------------------------------
π Bedrooms : 4 Bilik & 2 Bilik Air
π Build up area : 1535 kps
π Project : Design Proposal
π Designer : Azuan Azmi
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
π Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
π Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
π· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan
10/11/2022
βΆοΈπππππ ππππππ-ππππππππππ πππππ
.
Gaya Scandi-Industrial adalah gabungan dua gaya reka bentuk scandinavian dan reka bentuk perindustrian.
Reka bentuk Scandinavian terkenal dengan garis lurus bersih yang tidak terlalu banyak dengan perincian senibina halus dan banyak menggunakan unsur minimalist.
Tidak seperti senibina Neoclassic dan Colonial yang banyak menggunakan senibina halus. Gaya Scandinavian banyak menggunakan elemen warna tone nuetral, dinding putih dan bentuk yang simple.
Gaya reka bentuk industrial juga dikenali sebagai 'kilang style'. Banyak mengunakan gabungkan tekstur seperti kayu, logam dan konkrit serta mendedahkan permukaan asal material (raw material).
Konsep dapur rumah ni kita buat konsep semi outdoor. Penggunaan perforated metal sebagai lubang angin bagi memudahkan pengudaraan supaya asap masakkan mudah dibebaskan ke udara.
Jadi takda la bau sambal tumis sampai ke ruang tamu.π
----------------------------------------------
π Bedrooms : 3 Bilik & 2 Bilik Air
π Build up area : 1483 kps
π Site : Bukit Katil, Melaka
π Client : Design Proposal
π Designer : Azuan Azmi
π Contractor : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
π Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
π Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
π· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan
20/10/2022
βΆοΈππππππ ππππππππππππ πππππ
.
Topik kali ni saya akan terangkan berkenaan ' Kelebihan Courtyard'.
Bagi saya konsep ni masih kurang lagi diketengahkan dalam masyarakat kita. Banyak kelebihan sebenarnya yang kita boleh dapat daripada konsep ini. Mungkin masyarakat kita kurang lagi pendedahan atau terlalu fikirkan estetik rumah berbanding fungsi dan keperluan ruang pada sesebuah keluarga.
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apa itu definasi courtyard dari sudut senibina ?
Courtyard adalah merupakan halaman pada sebahagian rumah kita yang tidak berbumbung dan boleh dimasuki cahaya.
πππππππππππ.
Daripada definasi ini kita dah boleh tahu courtyard akan memberi pengudaraan semulajadi yang lebih baik. Ruang terbuka ini akan memudahkan pertukaran udara panas dengan udara sejuk yang lebih efisien. Bila pertukaran udara lebih cepat, rumah kita pun akan menjadi lebih sejuk. π₯Ά
πππππππππππ
Seterusnya "boleh dimasuki cahaya". Ruang terbuka ini akan mendedahkan limpahan cahaya matahari ke dalam rumah kita. Rumah akan menjadi terang dan kesihatan penghuni akan menjadi lebih baik. Baru point kedua dah banyak penggunaan elektrik yang kita boleh jimat. π€
ππππππππππ
Pemandangan di dalam rumah yang cantik dan nyaman. Halaman yang dihiasi dengan landskap yang menarik mampu menaikkan mood ceria serta meningkatkan kualiti oksigen yang dilepaskan oleh pokok tanaman. Pemilihan konsep landskap juga penting asalkan 'low maintenance'. Kalau malas sangat tanam rumput turf je pun dah cantik kan best dalam rumah ada warna hijau segar. π₯°
πππππππ
Courtyard juga boleh dijadikan pembahagian ruang untuk mengasingkan ruang menyambut tetamu dengan ruang privasi terutama kawasan bilik dan ruang keluarga. Bagi masyarakat kita yang beragama Islam sangat penting dan mudah untuk kita menjaga aurat terutama anak perempuan. Kalau rumah bersepah pun sempat lagi nak berkemas. Bagus! Penyusunan ruang yang strategik. π
Banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat cuma yang saya kongsikan hanya 4 point sahaja. Kepada peminat landskap dan s**akan aktiviti keluarga yang privasi, saya sangat syorkan pertimbangkan konsep ini pada rumah tuan. π₯°
InsyaAllah semoga kita semua dapat memberi rumah yang terbaik kepada keluarga kita.
----------------------------------------------
π Bedrooms : 7 Bilik & 7 Bilik Air
π Build up area : 4181 sqft
π Site : Muar, Johor
π Client : Proposal
π Design by : Azuan Azmi
π Contractor by : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
π Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
π Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
π· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Sinar Bakri 3, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, Batu 3
Bakri
84000