EcoBed Kedah
EcoBed - selling various products for your beloved pets
13/10/2021
MALU MALU KUCING 🙈😻
kucing hampa s**a tak ambil gambar? senang ka susah? kalau kucing s**a, jenis relax, tak susah, best lah owner tu kan 😻
kat sini kakak share sikit antara tips nak ambil gambar kucing. lepas ni bolehlah simpan untuk kenang kenangan kan. semoga bermanfaat!
13/10/2021
Good morning semua! yang penting apa? jangan putus asa & sentiasa buat pilihan yang bijak 😉
yang nak tu hati hati di jalan raya tau 🥰
12/10/2021
Hi. Harini kakak nak share antara tips nak hapuskan kecacingan pada kucing.
1. Ubat Cacing
Doktor veterinar akan mengesyorkan beberapa jenis ubat seperti suntikan atau ubat telan yang juga dipanggil 'dewormer' atau nyah cacing. Ubat ini akan membantu menghapuskan cacing di dalam usus kucing. Tiada kesan sampingan akan terjadi pada kucing anda.
Selalunya doktor veterinar akan memberitahu anda untuk kembali mengambil ubat cacing untuk kucing anda setiap 3 atau 6 bulan. Jangan kata kucing saja manusia pun sebenarnya kena ambil ubat cacing selang 6 bulan.
2. Petua
Biji labu: Biji labu penuh dengan vitamin yang dapat menghapuskan larva dan cacing dewasa. Sekurang-kurangnya untuk seminggu, tambah satu sudu serbuk biji labu pada makanan kucing anda.
Air daun sup: Air daun sup sebenarnya dapat membantu sistem penghadaman kucing anda. Rebus daun sup dan ambil air rebusan tersebut dalam setengah sudu besar tambahkan ke dalam air minuman kucing anda selama 10 hari.
3. Bersihkan Tray Eco Bed
Litter Tray mempunyai banyak kuman dan risiko cacing. Dah nama pun tandas kucing kan.. Dengan membersihkan Litter Tray kucing dengan kerap, bukan sahaja anda dapat mengelakkan masalah cacing yang akan terjadi pada kucing anda, kucing anda pun menghargai usaha anda. Kucing kan haiwan yang pembersih.
4. Kurangkan pengembaraan dunia luar
Tidak dinafikan kucing sememangnya haiwan yang s**a merayau-rayau. Tapi di luar sanalah banyak terdapat larva-larva cacing. Dari situlah kucing anda akan dijangkiti cacing.
Bukan itu sahaja, tikus juga merupakan pembawa cacing. Apabila kucing anda memburu dan memakan tikus, telur cacing yang ada pada tikus akan menetas dan menghuni p**a di dalam usus kucing.
5. Pencegahan Kutu Kucing
Selain ubat cacing, anda juga perlu menghapuskan kutu pada kucing anda. Kutu juga menjadi penyebab kepada masalah kecacingan. Guna EcoBed Pet Spray untuk menghilangkan kutu dan hapuskan kecacingan. Ianya juga boleh meningkatkan antibodi kucing tau.
6. Lindungi kucing dari dijangkiti cacing! Sebagai pemilik kucing sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kucing kita dari dijangkiti cacing. Ikut tips pencegahan yang dikongsikan ini dan kucing kita akan sihat-sihat sahaja.
SCAN QR CODE SEKARANG & JOM MENANGI HADIAH BERNILAI RM30,00!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Batu 42 Pulai
Baling
09100