IkhtiarHamil
bantu pasangan anda
Cara dapat bayi lelaki
Cara dapat bayi lelaki
Ada pasangan yang berkeinginan tinggi untuk mendapatkan bayi berjantina tertentu. Kaum bapa terutamanya, inginkan bayi lelaki tetapi ada juga kaum ibu mahukan bayi lelaki. Ada juga pasangan yang tidak kisah apa-apa jantina anak yang dikandung, asalkan bayi mereka sihat dan cukup sifat. Tetapi tidak salah jika anda secara spesifik mahukan bayi lelaki, kerana ada cara untuk mendapatkannya. Hanya perlu ingat bahawa tiada gerenti dan kebarangkalian bagi setiap kehamilan adalah sama untuk dapat bayi lelaki atau perempuan.
Jangan terlalu percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh syarikat yang mengatakan mereka mempunyai kepakaran meramalkan jantina bayi yang bakal dikandung. Sila berhati-berhati agar anda tidak menghabiskan masa, duit, kepercayaan dan tenaga kerana pasangan ibu bapa tidak mempunyai pengaruh dan kata putus dalam menentukan jantina bayi. Hanya masa persetubuhan tertentu yang boleh meningkatkan kebarangkalian ini, dan ianya terbukti secara saintifik.
Diet, kalendar lunar, posisi seksual dan corak jantina lelaki/perempuan di dalam keluarga tidak mempengaruhi penentuan jantina.
Petua untuk dapat bayi lelaki
Lakukan hubungan intim pada hari ovulasi (sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda berovulasi).
Posisi penembusan dalam adalah digalakkan.
Sangat membantu jika wanita mencapai orgasme.
Sebelum melakukan hubungan intim, minum minuman tenaga, secawan kopi atau sedikit coklat.
Galakkan pasangan anda untuk memakai seluar boxer yang tidak ketat.
Apa yang fakta dan apa yang auta?
Fakta – bukan wanita, tetapi lelaki yang berperanan menentukan jantina bayi. Lelaki mempunyai dua kromosom yang berkaitan dengan jantina iaitu X (perempuan) dan Y (lelaki).
Kita hanya boleh berusaha untuk mendapatkan bayi dan tidak boleh mempengaruhi 100% jantina bayi yang dimahukan.
Kedua-dua testikel menghasilkan sperma yang mempunyai kromosom X dan Y, bukan berasingan. Telur yang disenyawakan juga adalah rambang dan bukan oleh perancangan rapi.
Jika anda nampak keluarga yang mempunyai bilangan anak lelaki dan anak perempuan yang sama banyak, bermakna seorang lelaki itu menghasilkan sperma yang mempunyai kualiti X dan Y yang baik.
Jantina bayi juga tidak boleh ditentukan dengan bantuan herba dan ubatan tradisional. Penggunaan bahan-bahan ini biasanya dikaitkan dengan dakwaan palsu yang tidak berasaskan carian saintifik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Baling
09200