PERGETAH Negeri Kedah
Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah atau PERGETAH ini ditubuhkan untuk membela pengusaha dan penoreh getah di Negeri Kedah.
17/12/2017
PROGRAM SEMBANG SANTAI DAN PENYERAHAN SUMBANGAN PAPAN KAROM
Pengerusi PERGETAH Saudara Mohd Taufik bin Hj. Yaacob hadir program sembang santai dan penyerahan sumbangan papan karom bersama penduduk Kg. Batu 7, Jalan Kroh. Di dalam program ini Pengerusi PERGETAH telah mengadakan sembang santai yang membincangkan tentang isu penurunan harga getah dan masalah yang dihadapi masyarakat penoreh berkenaan bantuan musim terkujuh kerana masih ada golongan penoreh yang masih tidak dapat bantuan ini.
Saudara Mohd Taufik bin Hj. Yaacob juga turut menyerahkan sumbangan papan karom kepada golongan pemuda di kampung ini bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh penduduk kampung ini terhadap PERGETAH selama ini. Program ini telah dihadiri dari pelbagai golongan politik dari UMNO, PAS, PPBM dan AMANAH kerana NGO PERGETAH membantu golongan penoreh tanpa mengira apa pun fahaman politik mereka.
Penduduk kampung juga telah menyediakan juadah yang enak kepada semua yang hadir di dalam program pada petang ini. Turut hadir En. Harun bin Mohafiah - Pengerusi JKKK Kg. Batu 7, Jalan Kroh dan En. Rosli bin Abu Bakar - Ketua AMANAH Kawasan Baling.
Ahad
17 Disember 2017
6.00 Petang
Kg. Batu 7, Jalan Kroh, Baling.
01/12/2017
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID ITTIFAQIYAH AL YAACOBIAH, KG. CHARUK PUTIK.
Pengerusi PERGETAH Saudara Mohd Taufik bin Hj Yaacob yang juga merangkap Pengerusi JKKK Kg. Charuk Putih hadir di dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Ittifaqiah Al Yaacobiah, Kg. Charuk Putih.
Di dalam sambutan ini telah diadakan perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam dan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh agama yang berada di dalam Khariah Masjid Ittifaqiah Al Yaacobiah Kg. Charuk Putih. Turuh hadir di dalam sambutan ini Ustaz Hj. Rashid bin Sudin - Imam Masjid Ittifaqiah Al Yaacobiah dan semua AJK Masjid.
Jumaat
1 Disember 2017
8.30 Pagi
Masjid Ittifaqiah Al Yaacobiah, Kg. Charuk Putih, Mukim Siong, Baling.
11/11/2017
PERLAWANAN AKHIR LIGA BOLASEPAK PERGETAH 2017.
Pengerusi PERGETAH Saudara Mohd Taufik bin Hj Yaacob hadir menyaksikan perlawanan akhir Liga Bolasepak PERGETAH antara pasukan Kelab Sukan Kupang (KSK) menentang pasukan Gerak Utara di Stadium Mini Baling.
Liga Bolasepak PERGETAH ini telah bermula pada 23 September 2017 yang melibatkan sebanyak 16 pasukan dari sekitar Daerah Baling. Liga Bolasepak PERGETAH ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bolasepak di Daerah Baling.
Perlawanan akhir yang dihadiri seramai lebih kurang 300 orang penonton pada malam ini telah dimenangi oleh pasukan KSK yang menewaskan pasukan Gerak Utara melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan.
Johan bagi Liga Bolasepak PERGETAH memenangi RM1,000, piala dan medal, naib johan menerima RM700, piala dan medal, tempat ketiga menerima RM400 beserta medal dan tempat keempat menerima RM200. Hadiah telah disampaikan oleh Saudara Mohd Taufik bin Hj Yaacob kepada semua pemenang. Turut hadir di dalam program ini En. Mohd Suzaidi bin Abdul Rasib - Pengerusi JKKK Kg. Padang Dan merangkap Ketua Urusetia Liga Bolasepak PERGETAH.
Sabtu
11 November 2017
9.00 Malam
Mini Stadium Majlis Daerah Baling.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
G-9, Pekan Baru Baling
Baling
09100