Freshaus Defect Consultant
Freshaus Consultancy provides Consultation on House Defect Inspection for Architectural, Mechanical
19/10/2020
Tanggungjawab Pemaju
Kesedaran pemilik rumah terhadap hak mereka adalah amat penting. Semakin ramai rakyat kita yang sedar hak mereka dalam sesuatu perkara semakin baik kualiti yang akan diterima oleh mereka.
Kami lampirkan gambar di bawah sebagai rujukan semua yang sudi melangkan masa ini. Gambar di bawah adalah realiti tahap kekemasan akhir (finishing) yang diperolehi oleh pemilik rumah semasa mereka mendapat kunci (vacant possession).
Gambaran ini mungkin nampak pelik dan mustahil untuk seseorang pemilik mendapat kualiti seperti yang ditunjukkan kepada pemilik di skitar Lembah Klang tetapi inilah hakikat yang terjadi terhadap kawasan perumahan di luar Lembah Klang.
Dalam kes ini, pihak pemaju mengambil sikap sambil lewa dan dengan kata lain tidak bertanggungjawab dalam menyediakan sebiji rumah yang berkualiti kepada pembeli mereka. Mereka tahu yang bahawa pembeli tidak tahu menahu apa yang perlu dilakukan dan dengan kata lain tidak tahu apakah tahap kualiti yang sepatutnya mereka dapatkan dan apa yang mereka boleh lakukan jika mengalami keadaan seperti ini.
Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab kami dalam memberikan kesedaran kepada semua rakyat dan untuk membantu mereka dalam mengembalikan hak mereka. Hak setiap pemilik rumah adalah mendapatkan rumah yang sempurna di mata mereka dan berbaloi dengan jumlah yang mereka telah belanjakan.
Ingat tuan dan puan, rumah anda ini adalah pembiayaan sehingga tua dan jika anda tidak bertindak sekarang dan tuntut apa yang spatutnya hak anda, selepas habis proses DLP, anda sudah terlambat.
Walau di mana sahaja anda berada, hubungi kami dan kami berjanji akan memberi khidmat nasihat secara percuma kepada anda dalam menyelesaikan perkara ini.
014 - 3088554 - Afiq
019 - 5002462 - Abul
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bandar Puncak Alam
Bandar
42300