Kopi Meta
Kami hadir untuk memenuhi citarasa penggemar kopi terutama penduduk sekitar Bangi.
16/09/2024
Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾
29/08/2024
Petang-petang lepas balik kerja tak tahu nak mengopi mana boleh singgah booth Kopi Meta di Royal Floria Putrajaya.
Tahun ini festival Floria berada di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Selain dari pelbagai jenis pokok bunga yang menjadi tumpuan utama, mereka juga ada menyediakan Feast Garden yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Kopi Meta berada di booth 163 gais. Kalian boleh dapatkan minuman kegemaran kalian di sana. Kopi Hazelnut, Karamel Vanilla, Matcha dan macam-macam lagi.
Mereka akan berada di sana sehingga hari ahad ini. Jadi kalian boleh sambut malam ambang kemerdekaan dan menyaksikan bunga api sambil menikmati air dari Kopi Meta di Feast Garden.
Jom singgah Kopi Meta!
01/08/2024
Alhamdulillah syukur.
Kopi Meta telah buka satu lagi cawangan di negeri Kedah Darul Aman.
Cawangan Kopi Meta kali ini berlokasi di hadapan Wisma Ayumurny, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
Waktu operasi dibuka setiap hari Ahad sehingga Khamis, 10 pagi sehingga 5:30 petang.
Ayuh warga Sungai Petani semua. Pakat singgah dan dapatkan air dari Kopi Meta. Nak kopi ada, nak coklat ada, nak matcha juga ada.
Jom Kopi Meta!
04/04/2024
Urutan bersedekah. Bersedekahlah mengikut kemampuan yang kita ada.. InsyaAllah Allah berkati usaha yang kita lakukan
Kredit content: Madad
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
Bangi
43650
Opening Hours
| Monday | 11:30 - 18:15 |
| Tuesday | 11:30 - 18:15 |
| Wednesday | 11:30 - 18:15 |
| Thursday | 11:30 - 18:15 |
| Friday | 11:30 - 18:15 |