Ismaweb
Portal Islam dan Melayu Ismaweb berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di Malaysia melalui media.
17/02/2025
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.
Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my
13/02/2025
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak adalah langkah yang tidak adil.
Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut adalah langkah membebankan mereka yang sekian lama berkhidmat dalam sektor awam.
Sumber: Sinar Harian
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my
13/02/2025
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, 6,231 ialah calon sekolah KPM.
"Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” kata KPM.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my
12/02/2025
Puasa Hari Putih adalah amalan sunnah yang dilakukan setiap 13, 14, dan 15 haribulan Hijrah.
𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵:
نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامِ الْبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shauma ayyaamil baidhi sunnatan lillaahi ta'aalaa.
“Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Semoga kita semua mendapat keampunan daripada Allah S.W.T dan semoga amalan serta doa kita diperkenankan Allah S.W.T pada malam yang penuh kemuliaan ini.
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Bandar Baru Bangi
Bangi
43650