JomCheck

JomCheck

Share

A local page that dedicated into providing information that has been fact checked.

Photos from JomCheck's post 07/05/2026

DAKWAAN KREDIT MBJB SPOT PERLU DIHABISKAN SEBELUM 30 APRIL ADALAH TIDAK BENAR

Tular di WhatsApp satu mesej yang mendakwa pengguna aplikasi MBJB Spot perlu menghabiskan baki kredit (wallet credit) sebelum 30 April 2026 susulan peralihan sistem parkir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Mesej tersebut turut menyatakan bahawa sistem parkir MBJB akan mengalami perubahan bermula 1 Mei 2026, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa baki kredit mereka akan luput sekiranya tidak digunakan sebelum tarikh tersebut.

Versi mesej berkenaan turut disebarkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, menunjukkan ia telah tersebar secara meluas dalam kalangan masyarakat.

Susulan kekeliruan ini, JOMCHECK telah membuat semakan terhadap hantaran rasmi MBJB bagi mendapatkan kepastian.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Baki kredit pengguna dalam aplikasi MBJB Spot tidak akan terjejas walaupun berlaku peralihan sistem parkir.

05/05/2026

Sebenarmya Shawarma paling sedap kat Malaysia ada dalam IIUM. Betul tak geng IIUM? 😋🌯

Want your business to be the top-listed Media Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pusat Kajian Media & Komunikasi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM
Bangi
43600