Civil Engineering UKM
This page is related to the activities of the civil engineering community at FKAB UKM Start: 31 March 2010
Admin: Ir. Dr. Anuar Kasa
08/07/2026
Lawatan Akademik Prof. TC Ling ke Jabatan Kejuruteraan Awam, UKM
Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM berbesar hati menerima kunjungan Prof. TC Ling dari Universiti Jinan yang merupakan Ketua Penyelidik Waste Technology and Carbonation Research (WTCR), pada 8 Julai 2026.
Prof. TC Ling yang tersenarai dalam Global Top 2% Scientists sejak tahun 2020, telah mengadakan sesi perbincangan bersama Prof. Roszilah Hamid, Pengerusi Jabatan Kejuruteraan Awam, serta para pensyarah jabatan bagi membincangkan potensi kerjasama akademik dan penyelidikan antara WTCR dan JKA.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana yang produktif ini memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan dalam bidang solid waste valorization, Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS), serta pembangunan bahan dan teknologi pembinaan lestari.
Pelbagai idea dan peluang kerjasama telah dibincangkan, termasuk penyelidikan bersama, mobiliti penyelidik dan pelajar, serta pembangunan geran penyelidikan antarabangsa.
Jabatan Kejuruteraan Awam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. TC Ling atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung dan berkongsi kepakaran.
Diharapkan lawatan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang mampu memperkukuh kecemerlangan penyelidikan serta memberi impak positif kepada kedua-dua institusi.
Terima kasih kepada semua pensyarah yang hadir dan menyumbang idea sepanjang sesi perbincangan.
01/07/2026
LAWATAN INDUSTRI
Unipati Concrete (UPC) Plant
Tarikh: 10 Jun 2026
Peserta: Pelajar Tahun 4
Kursus: KKCE4413 Teknologi Konkrit Lanjutan
Pensyarah Pengiring: Dr. Jacob Lim Lok Guan
24/06/2026
24/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Bangi
43600