UKMShape

UKMShape

Share

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional or better known as UKMShape Follow us on Instagram and tiktok - @studyukm

Photos from UKMShape's post 08/07/2026

Pada 6 dan 7 Julai 2026, UKM melalui kerjasama strategik antara Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik dan Unit APEL, UKMShape telah mengadakan Kelas Persediaan APEL.A bertempat di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur yang melibatkan 27 orang kakitangan Lembaga Tabung Haji dari seluruh Malaysia.

Program ini bertujuan memberikan bimbingan secara langsung kepada para peserta dalam proses permohonan dan penilaian APEL.A, sekaligus membantu mereka membuat persediaan yang lebih sistematik bagi melengkapkan keperluan penilaian.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menerima taklimat yang komprehensif mengenai proses permohonan serta penilaian APEL.A. Lebih membanggakan, semua peserta berjaya melepasi Ujian Aptitud, iaitu salah satu daripada dua komponen utama dalam penilaian APEL.A.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada langkah seterusnya dalam merealisasikan hasrat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui laluan APEL.

07/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH PENGARAH PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT (KOMUNIKASI UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali atas segala khidmat bakti, komitmen serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 5 Julai 2026.

Segala usaha, dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan dalam memperkukuh penyampaian komunikasi korporat serta memperkasakan imej dan reputasi universiti amatlah dihargai dan akan terus dikenang.

Semoga segala jasa yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan serta dikurniakan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan yang berterusan dalam setiap amanah yang bakal digalas.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UKMShape

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


UKMSHAPE, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00