Coach Ira Aziz
Never stop learning
01/05/2026
Komisen Fees Shopee Naik Lagi.
Seller Nak Untung Atau Sekadar Bertahan?
Effective 21 May 2026, Shopee sah naik lagi.
TikTok? Confirm akan follow 😂
Ini silent margin killer kalau korang tak adjust strategy.
Dulu kita boleh survive dengan “cukup-cukup makan”
Sekarang, kalau tak ada sistem, memang lemas.
Platform sentiasa akan naik fees.
Rasanya kita dah boleh predict setiap tahun 2-3 kali.
Yang bahaya, jika kita tak adjust game.
Apa sebenarnya impact dia?
1. Fashion & Lifestyle naik paling ketara
* Dari ~8–11% → jadi ~9–12% (cashback)
* Non-cashback lagi tinggi
Nampak macam +1% je…
Tapi bila volume besar, itu makan ribu-ribu sebulan.
2. FMCG still competitive
* Sebab margin kategori ni memang nipis dari awal, kebanyakkan seller memang sangat disiplin cashflow.
3. Electronics nampak “stable”
* Tapi category ni memang dah high fee dari dulu.
Masalah sebenar bukan komisen naik.
Sebab ni memang luar kawalan kita dari mula.
Masalah sebenar:
* Buang harga
* Tak pernah betul-betul kira margin.
Ramai seller operate macam ni:
* Letak harga ikut competitor
* Join campaign ikut trend
* Bagi voucher ikut emosi
* Tekan iklan ikut hati asalkan “GMV tinggi”.
Last-last?
Sales ada. Profit tak ada.
So sekarang apa kena buat?
1. Recalculate EVERYTHING.
* Harga jual
* Komisen Shopee/ TikTok
* Campaign/Voucher
* Ads
* Affiliate
* STOP bagi Free Gift.
Jangan main agak-agak.
Kira sampai jumpa breakeven point.
2. Stop “Buang Harga”
Platform ambil % dari harga jual.
* Harga rendah = % kecil, tapi profit lagi kecil
* Harga tinggi + positioning betul = masih boleh win.
3. Upgrade Offer, bukan turunkan harga
Orang beli bukan sebab murah semata.
* Kuatkan ilmu “meracun”
* Bundle
* Value stacking
Ini cara maintain conversion tanpa bunuh margin.
4. Ads & Content kena lebih precise
Bila margin makin ketat:
* Iklan tak boleh tembak rawak
* Content tak boleh syok sendiri
Setiap RM1 spend kena ada purpose.
Kalau korang serious nak scale,
ini masa untuk upgrade cara fikir:
* Dari “jual barang”
* Ke “urus profit system”
Jujurlah dengan diri sendiri:
Kalau komisen naik 2% hari ni…
Bisnes korang masih untung, atau terus sesak nafas?
PS: Rasa macam nak bagi kelas PERCUMA cara kira fees, breakeven ROI, gross profit, tax dan WHT tax. Janji tak akan ada upsell. Ada yang nak tak?
Cukup 20 orang komen “NAK” kita on, kelas online.
Kalau tak ada yang nak, saya focus prep haji ja.
Siapa nak kelas bimbingan TikTok Shop offline 3H2M, plus coaching 1-1 for 3 bulan dgn saya? Dibiayai oleh agensi.
Link kat komen!
04/12/2025
Kelas AI Image PERCUMA Anjuran CGC
📅 Khamis, 4 Disember 2025
🕤 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Dalam Talian (Aplikasi Zoom)
Penyertaan adalah terhad, daftar sekarang di:
https://www.surveymonkey.com/r/RegistrationAW3825Prtnr
Link kelas akan diberikan dalam email ya.
Boleh check spam/junk folder jika tiada.
Jumpa jam 10am nanti.
28/11/2025
Live nak monitor apa? Nak produce report apa?
Honestly bergantung kepada masa yang ada
LH ada masa nak buat report tak?
Kalau ada, buat lah report macam mana pun.
Nak lukis, letak screenshot pun boleh.
LH tak ada masa?
Key in je dalam excel setiap kali lepas sesi.
Boss ada masa nak baca tak?
Kalau ada, ikutlah selera boss nak report ke, graph ke table ke.
Boss tak ada masa nak baca details?
Tengok je la GMV per hour.
Dan tgk je la CPO dan ROI ads setiap hari (atau setiap minggu, atau setiap bulan 🤣)
Cukup.
Nak template monitoring?
Nah, FREE je. Ni je metrics yang penting.
Key in dalam Excel masing2.
Ambil masa kurang 1min nak key in jika SOP kan step ni kepada LH.
Kalau nak reduce kan metrics pun boleh, ikut kefahaman masing2.
TAPI make sure, by end of the month, buat analysis.
Data ni semua tak ada makna jika sekadar compile sahaja.
Semua ni penting untuk make any business decision.
Faham?
13/11/2025
Penuh pancaroba kelas hari ini, sebab the internet fails on me.
Ni semua sebab live dari hotel.
Disebabkan hari ini ada 2 program serentak.
Alhamdulillah, dah lama tak dapat kelas percuma tak seramai ni.
Peak clocked at 133 participants.
Praise to Allah that all went well despite the internet hiccups.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Bangi
43000