UKM Thunders Club
UKM Thunders Club merupakan satu kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2016. Kelab ini merupakan kelab sukan Softball yang pertama sejak UKM ditubuhkan.
05/02/2020
Tidak kurang dari 4 jam penentu pingat emas acara sofbol kejohanan MASUM 2020. Sama sama kita nantikan.
SEJARAH TERCIPTA.
ARAU. Pasukan softball UKM telah berjaya memenangi perlawanan di peringkat separuh akhir pagi tadi setelah berjaya menumpaskan pasukan dari UPSI dengan jumlah larian mata 9 berbalas 4. Lebih membanggakan lagi, perlawanan akhir esok merupakan perlawanan akhir yang pertama bagi pasukan UKM. Edisi MASUM lepas UKM terpaksa akur apabila sekadar berada di tempat ketiga setelah tewas kepada pasukan UITM di peringkat separuh akhir. Berbeza p**a perlawanan separuh akhir kali ini. Pasukan UKM berjaya menundukkan pasukan UPSI dengan larian mata 9 - 4. Tahniah kepada para pemain, jurulatih serta pengurus pasukan kerana berjaya membawa nama UKM ke peringkat akhir.
UKM akan bertemu dengan pasukan dari utara tanah air, UNiMap pada babak akhir esok. Perlawanan akan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Semoga pasukan UKM berjaya melakukan yang terbaik dan kami warga UKM mengharapkan emas bagi acara softball berjaya dibawa p**ang ke bumi Bangi. Selamat maju jaya!
Atlet hebat, UKM hebat!
FINAL!!!!!!!!!!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bangi