Projek Borneo YI

Projek Borneo YI

Share

Projek Borneo adalah projek kebajikan yang memfokuskan Sabah & Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman dan kawasan yang mempunyai komuniti saudara baru.

24/03/2025

Bajau Laut yang terdidik,

Para remaja ini adalah di kalangan anak-anak Bajau Laut yang tinggal di Kg Kuala Bibang, Semporna, Sabah.

Mereka boleh berenang di laut dan sebahagian mereka boleh menyelam sehingga 5-10 minit tanpa alat pernafasan menyelam.

Sebelum diberikan peluang pendidikan aliran alternatif, mereka seperti anak-anak Bajau Laut yang lain. Tidak boleh membaca, menulis, mengira apatah untuk membaca al Quran atau bersolat.

Mereka seumpama anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah tetapi tinggal di pinggir laut serta jauh daripada hidayah.

Dengan peluang pendidikan di Pusat Pendidikan al Huda, Kg Kuala Bibang, mereka boleh membaca, menulis, mengira, menghafaz surah-surah al Quran, bersolat dan mengajar agama kepada adik-adik mereka.

Sebahagian mereka akan terus dilatih sehingga boleh menjadi guru kepada kanak-kanak dan boleh menjadi daie di pulau-pulau di Semporna, Sabah.

Hidayah hadir membawa cahaya dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kejahilan.

- Hantarkan cahaya ke hujung dunia

Photos from Yayasan Ikhlas's post 21/03/2025
21/03/2025

TERBAIK YI SANDAKAN

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO 25-1-1 Jalan MEDAN PUSAT BANDAR 1
Bangi
43650