Sekretariat Rukun Negara UKM

Sekretariat Rukun Negara UKM

Share

Sekretariat Rukun Negara UKM bernaung di bawah Urusetia HEPA UKM & Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

19/07/2023

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & TAHUN BARU HIJRAH]

SRNUKM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah & Awal Muharam. dengan penuh kesyukuran.

Dalam setiap detik dan minit, semoga Umat Islam terus memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga perjalanan di tahun baru ini dipenuhi dengan rahmat, kebahagiaan, dan kemakmuran yang berkekalan.

Jadikanlah waktu yang berharga ini sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT. Berdoalah agar setiap langkah kita diberkati, dan setiap usaha kita mendapat ganjaran yang baik.

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua. Marilah kita mengisi awal tahun ini dengan kebaikan, cinta, dan kasih sayang. Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan yang melimpah kepada kita semua.

05/06/2023

[SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KDYMM TUANKU]

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda yang ke-64.

Didoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahkan keberkatan, dilanjutkan usia, berada dalam sihat walafiat dan semoga seluruh Kerabat Baginda sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Nya serta terus menjadi lambang perpaduan kepada negara.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

Want your university to be the top-listed University in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Universiti Kebangsaan
Bangi
43600