Talentac

Talentac

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Talentac, Recruiter, No. 191, Jalan Teluk Bunut,, Banting Darul Ehsan, Banting.

04/05/2026

Menyulam Kecemerlangan Sempena 60 Tahun Penubuhan MARA

Masih belum terlambat untuk kami di Talentac mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Penubuhan ke-60 MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA).

Selama enam dekad, MARA telah menjadi antara pemacu utama dalam pembangunan modal insan negara, membuka akses kepada pendidikan, memperkasa kemahiran, serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing di peringkat tempatan dan global, khususnya melalui bidang TVET.

Hari ini, TVETMARA bukan lagi sekadar laluan alternatif, tetapi merupakan platform strategik dalam meningkatkan taraf kehidupan dan mobiliti sosial. Ia membuka peluang kepada individu untuk membina kerjaya berkemahiran tinggi, meningkatkan pendapatan, serta mengubah masa depan diri dan keluarga.

Kisah Muhamad Fidzhar Muhaimin, graduan FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu, yang kini berjaya membina kerjaya di Australia, merupakan antara contoh jelas keberkesanan ekosistem ini. Kejayaan alumni TVET MARA yang berjaya menembusi pasaran kerjaya antarabangsa membuktikan bahawa kemahiran teknikal adalah pasport kepada kerjaya bertaraf global.

Peranan kami di Talentac adalah menyediakan platform yang memfokuskan kepada penempatan tenaga kerja mahir di peringkat antarabangsa, di samping berbangga menjadi jambatan yang menghubungkan majikan global dengan bakat tempatan.

Sepanjang kerjasama ini, kami menerima maklum balas yang sangat positif daripada majikan di Australia terhadap kualiti alumni TVET MARA. Antara kekuatan utama yang sering menjadi perhatian adalah:

1. Penguasaan Teknikal – kemahiran praktikal (hands-on) yang memenuhi piawaian industri global

2. Disiplin Tinggi – tahap profesionalisme dan etika kerja yang konsisten

3. Keupayaan Adaptasi – kebolehan menyesuaikan diri dengan cepat dalam persekitaran kerja yang mencabar

Kini, kami sedang menguruskan fasa akhir bagi ramai lagi alumni TVET MARA yang menunggu kelulusan visa sebelum memulakan kerjaya mereka di Australia. Lebih banyak kisah kejayaan dijangka akan menyusul dalam masa terdekat.

Tahniah sekali lagi kepada MARA atas dedikasi selama 60 tahun dalam membina generasi berkemahiran dan berdaya saing.

Semoga terus menjadi peneraju dalam melahirkan modal insan “Global Ready” yang mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

TVET bukan pilihan kedua, ia adalah laluan strategik ke pentas global.

24/04/2026

Dari SPM Sederhana ke Skilled Worker di Australia 🇦🇺

Tidak semua kejayaan bermula dengan keputusan akademik yang cemerlang. Namun, perbezaannya sering terletak pada pilihan untuk terus melangkah atau berhenti di situ sahaja.

Ini kisah En. Muhamad Fidzhar Muhaimin, anak muda dari Manjung, Perak, yang telah membuktikan bahawa keputusan SPM yang sederhana bukanlah penghalang, sebaliknya boleh menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar apabila disusuli dengan usaha, disiplin, keyakinan diri, serta bimbingan yang tepat.

Selepas keputusan SPM, beliau disarankan oleh ibu bapanya untuk meneruskan laluan kemahiran melalui GIATMARA Malaysia sebelum menyambung pengajian di FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu. Dari situ, beliau mula membina asas kukuh dalam bidang kemahiran melalui latihan hands-on, disiplin kerja yang tinggi, serta pembentukan keyakinan diri secara berperingkat.

Selepas menamatkan pengajian, Fidzhar menimba pengalaman bekerja di Malaysia, termasuk berpeluang berinteraksi dengan expertise luar negara yang hadir memberi konsultasi di kilangnya. Pendedahan ini membuka perspektif yang lebih luas, sekali gus mengukuhkan lagi hala tuju beliau untuk membawa kemahiran yang dimiliki ke peringkat antarabangsa.

Dengan berbekalkan sijil kemahiran yang diperolehi dari TVETMARA serta kemahiran teknikal yang dibinanya, beliau melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Hasil usaha yang konsisten serta sokongan dan fasilitasi daripada pihak kami di Talentac, Fidzhar akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Australia pada April 2025 di bawah visa tajaan majikan (Skills In Demand) SC482, salah satu laluan skilled worker yang menjadi impian ramai profesional di seluruh dunia untuk masuk ke dalam pasaran kerjaya di Australia.

Kini, setelah genap setahun menetap di Australia bersama isteri, prestasi dan profesionalisme beliau terus mendapat pengiktirafan daripada majikan. Beliau kini diberi kepercayaan untuk mengendalikan isu-isu kritikal berkaitan mesin di kilang, di samping memainkan peranan sebagai mentor kepada apprentice tempatan.

Kisah Fidzhar bukan sekadar kejayaan individu, tetapi bukti jelas bahawa laluan TVET MARA mampu melahirkan tenaga mahir (Skilled Worker) yang kompeten, berdaya saing, dan relevan di peringkat global. Kami di Talentac amat berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda bahawa laluan kemahiran bukanlah pilihan kedua, sebaliknya laluan utama yang mampu membawa lebih jauh jika disertai usaha, bimbingan yang tepat, dan keberanian untuk mencuba. Kami percaya bahawa dengan kemahiran, anak Malaysia juga mampu terbang tinggi di pentas global.

TVET MARA melahirkan Skilled Worker bertaraf global !

28/03/2026

Rezeki Raya 🌙✨

Walaupun Syawal sudah memasuki minggu kedua, kami di Talentac menerima satu lagi perkhabaran yang cukup menggembirakan!

Visa Tajaan (Subclass 482 – Skills in Demand) telah LULUS! 🇦🇺

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Afif Farhan atas kejayaan menembusi peluang kerjaya antarabangsa.

Daripada ladang ternakan lembu tenusu (dairy farm) di Malaysia, kini beliau melangkah ke ladang tenusu di Australia. Ini membuktikan bahawa anak Malaysia mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mampu membuka pintu ke pentas global apabila diberikan peluang.

Lebih membanggakan lagi, beliau merupakan calon PERTAMA yang kami fasilitasi berjaya di bawah Labour Agreement Stream bagi industri dairy farm.

Hal ini adalah satu petunjuk positif terhadap permintaan tenaga kerja mahir (Skilled Worker) Malaysia di pasaran antarabangsa, khususnya dalam sektor industri tenusu walaupun Malaysia bukanlah pemain utama dalam sektor ini.

Kami di Talentac akan terus komited untuk membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat untuk mengembangkan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Want your business to be the top-listed Recruitment Company in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


No. 191, Jalan Teluk Bunut,, Banting Darul Ehsan
Banting
42700