Uni KLINIK Banting 24Jam / Xray

Uni KLINIK Banting 24Jam / Xray

Share

PERKHIDMATAN :
💉Orthopedic
✂️Minor Surgeri
🏡Klinik Keluarga
💊Ultrasound
🩸Lab Test
👶🏻🤰🏻Ibu&Anak

29/03/2026

⚠️ Rasa sihat bukan bermakna bebas jangkitan… ⚠️

Ramai tak sedar, jangkitan STD boleh berlaku tanpa sebarang simptom pada peringkat awal.

Bila dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan untuk pada masa akan datang bukan sahaja pada diri sendiri, tapi juga kepada pasangan.

Sebab itu, saringan kesihatan secara berkala sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda aktif secara seksual atau berisiko.

💡 Lebih baik tahu awal daripada menyesal kemudian
💡 Lindungi diri, lindungi orang tersayang
💡 Dapatkan nasihat & pemeriksaan daripada profesional

👉 Ambil langkah bijak hari ini. Kesihatan anda, tanggungjawab anda.

24/03/2026

🚨 Period Tidak Normal??? 🚨

Jangan Abaikan!

Ramai wanita anggap masalah haid sebagai perkara biasa…..
tapi tahukah anda, ada tanda-tanda tertentu yang sebenarnya bukan normal dan perlu diberi perhatian? ⚠️

Jika anda mengalami:
🔹 Kitaran haid terlalu kerap atau terlalu jarang
🔹 Pendarahan terlalu banyak atau terlalu sedikit
🔹 Sakit haid yang melampau hingga ganggu aktiviti harian
🔹 Tempoh haid terlalu lama atau terlalu singkat
🔹 Pendarahan di luar waktu haid

👉 Ini mungkin petanda tubuh anda perlukan pemeriksaan lanjut!

Jangan tunggu sehingga keadaan jadi lebih serius. Kesihatan wanita sangat penting dan perlu dijaga dengan baik 💖

📍 Dapatkan nasihat dan pemeriksaan di klinik kami hari ini.

Kami sedia membantu anda dengan rawatan yang selamat & profesional.

Jaga kesihatan, sayangi diri ❤️

24/03/2026

🌍 Hari Tuberkulosis Sedunia

Setiap tahun pada World Tuberculosis Day (24 Mac), kita diingatkan tentang bahaya penyakit Tuberkulosis (TB).

Satu jangkitan yang menyerang paru-paru dan boleh berjangkit jika tidak dirawat dengan betul.

Di Uniklinik, kami komited untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal dan rawatan yang berterusan. TB boleh dirawat dan disembuhkan, tetapi ia memerlukan disiplin dan tindakan awal 💪

💡 TIPS KESIHATAN UNTUK CEGAH & KAWAL TB:

✅ Dapatkan pemeriksaan awal
Jika mengalami batuk lebih 2 minggu, demam berpanjangan atau penurunan berat badan. Segera jumpa doktor.

✅ Amalkan etika batuk yang betul
Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau siku ketika batuk/bersin untuk elak jangkitan merebak.

✅ Pastikan pengudaraan baik
Buka tingkap dan pastikan ruang mempunyai aliran udara yang baik.

✅ Lengkapkan rawatan
Jika disahkan TB, pastikan ubat diambil sehingga habis walaupun sudah rasa sihat.

✅ Jaga kesihatan diri
Amalkan pemakanan seimbang, rehat mencukupi dan gaya hidup sihat untuk kuatkan imuniti badan.

💙 Ingat! TB boleh dicegah dan dirawat. Jangan abaikan tanda-tanda awal.

Sebarang pertanyaan atau saringan kesihatan, boleh terus kunjungi Uniklinik berhampiran anda. Kami sentiasa sedia membantu!

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


NO 9G, Jalan CEMERLANG, PUSAT PERDAGANGAN BANTING
Banting
42700