Harapan DUN Banting
Bilik Gerakan Utama Dun N52 Banting
16/01/2026
Saya ingin menjelaskan bahawa sistem perundangan Malaysia memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara sebagaimana termaktub di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, segala bentuk undang-undang, keputusan mahkamah, perintah lama serta amalan pentadbiran adalah tertakluk kepada prinsip hierarki undang-undang tersebut dan tidak boleh bercanggah dengan undang-undang yang lebih tinggi.
Semakan juga turut merujuk kepada Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang atau perintah yang wujud sebelum merdeka hanya kekal berkuat kuasa setakat mana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan serta undang-undang yang digubal selepas merdeka.
Ini bermaksud, perintah mahkamah lama, contohnya perintah tahun 1930, tidak boleh digunakan untuk mengetepikan pematuhan undang-undang moden yang digubal Parlimen dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa seperti undang-undang berkaitan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekiranya ia terpakai terhadap entiti berkenaan.
Dalam hierarki undang-undang, perintah mahkamah lama berada pada kedudukan yang lebih rendah berbanding undang-undang Parlimen. Maka, sekiranya undang-undang ROS menyatakan bahawa mana-mana pertubuhan atau entiti dalam kategori tertentu perlu didaftarkan, perintah lama yang hanya menetapkan status dalaman seperti amanah dan pemegang amanah tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kewajipan tersebut, kecuali jika undang-undang ROS sendiri memberikan pengecualian yang jelas.
Pada masa yang sama, kita bakal menyambut perayaan Thaipusam dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini sehingga mengganggu keharmonian serta persiapan sambutan perayaan tersebut.
Pada 25 Januari nanti saya akan ke Batu Caves dan kita akan mengadakan sidang media bersama pihak pengurusan kuil, dengan matlamat supaya segala perkara dapat ditangani secara lebih harmoni, matang dan teratur.
Akhirnya, saya menyerahkan perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan keputusan selaras dengan proses dan lunas undang-undang negara.
Sekian, terima kasih.
14/01/2026
"Iniya Ponggal Nalvaazhthukkal!
இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துகள்!
Wishing everyone a year of peace, health and abundance."
15/11/2025
Saya hadir ke Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah bersama pasukan dan pengalaman ini benar-benar bermakna serta penuh cabaran. Misi kami bukan sekadar memberi sokongan moral kepada jentera parti, tetapi juga menyelami denyut nadi rakyat Sabah yang mengharapkan peningkatan, pembangunan dan kemajuan yang lebih seimbang.
Sepanjang berada di lapangan, saya melihat sendiri keutuhan semangat rakyat Sabah serta harapan besar mereka terhadap masa depan yang lebih baik. Saya dan pasukan berusaha merapatkan hubungan antara negeri serta memastikan mesej perjuangan parti disampaikan dengan jelas, tersusun dan berkesan.
Walaupun jarak memisahkan Semenanjung dan Sabah, semangat perpaduan dan solidariti yang terpancar di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI amat mengagumkan. Ia mengingatkan kami bahawa perjuangan untuk rakyat tidak mengenal sempadan. Meskipun kita berasal daripada pelbagai bangsa, agama dan rumpun, akhirnya kita tetap anak Malaysia yang berkongsi aspirasi yang sama — demi kemajuan dan kemakmuran bersama.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa yang telah mengawal dan memastikan kelancaran proses penamaan calon di SMJK Tiong Hua, Sandakan.
Tahniah kepada Saudari Vivian Wong 黄诗怡, Calon N55 Elopura, dan Saudari Tang Szu Ching 董思筠, Calon N56 Tanjong Papat! Semoga kalian terus diberi kekuatan dan kejayaan dalam perjuangan ini.
Bikin Sabah Lebih Mantap!
Undi HARAPAN! 🚀
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No. 81, Tingkat 1, Jalan Telok Bunut, Taman Delima
Banting
42700