TDC MORIB
Berkongsi tips untuk hidup dengan sihat dengan semua sahabat-sahabat di luar sana... Samada fizikal dan emosi... InsyaAllah
24/03/2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat fb saya semua... Moga semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu... Ameennn
Sharing kali ini mungkin agak panjang sedikit... Kalau boleh baca habis... Terbaik!, dan boleh komen kat bawah type Alithera terbaik!! Mana-mana komen yang terpilih nanti saya akan bagi hadiah susu C2joy percuma!!...
Kalau ada yang belum mengenali saya.. Nama penuh Aminnudin bin Marjani lahir di Kg Banting Sabak Bernam Selangor. Hidup dalam suasana kampung yang ada orang Jawa dan Banjar ni unik. Arwah atok&nenek orang banjar.. Jiran sebelah parit umah atok arwah Hj Sambrin p**a org jawa...kita belajar mengenali perbezaan untuk menghormati satu sama lain.
Arwah abah kerja kat jabatan hutan di Kepong dan kami tinggal di flat jalan Kuching. Bila balik kampung Sabak Bernam kami akan sewa taksi kaler hitam kuning. Selalunya saya akan muntah dalam perjalanan sebab taksi tu guna minyak diesel.Masa tu kereta aircond belum ada ya... Hanya kipas angin yang di pasang di dash board kereta. Tu pun kalau masih hidup. 😅Sebelum bergerak biasanya mak akan sediakan plastik untuk bekas muntah😂. Kalau nak kurang kan rasa loya biasanya arwah abah akan beli limau dan sediakan minyak angin.
Kampung arwah abah p**a terletak di Kg Olak Lempit Banting. Kat sini majoriti adalah orang jawa. Orang jawa ni biasanya kerja kuat untuk mengubah nasib. Siapa yang rajin buka tanah/meneroka masa zaman tu.. InsyaAllah akan ada banyak tanah. Tapi arwah abah belajar pandai sikit... Tu yang dapat kerja gomen. Tanah ada arwah atok bagi... Alhamdulillah (tak banyak tapi ada)
Saya biasa kalau waktu kecik-kecik ikut wak atau paman pergi kebun untuk kutip buah sawit. Upah tak dapat tapi dapat peluang cari ikan laga dalam parit lepas penat kutip buah sawit yang lerai tu.. Dulu buah sawit ni pun kami makan... Bila malam kadang-kadang ikut wak pergi menjerat burung wak-wak. Seronok sebab masuk kebun malam-malam. Sejuk dan perlukan sedikit keberanian... Tak macam budak-budak sekarang penakut. 🤣
Bila lepas spm saya menanam pisang tanduk di kebun orang secara pajakan. Itu ialah projek pertama saya lepas sekolah. Waktu kawan lain kerja kilang di Bangi dan Teluk Panglima Garang saya habis kan masa menjaga tanaman saya. Sambil tu juga menjaga ternakan ayam daging milik arwah abah. Masa mengawal selia kandang ayam tu.. Saya banyak belajar cara pengurusan ladang ternakan ayam sebanyak 25000 ekor. Belajar menjaga dan berkomunilasi dengan pekerja dari Indonesia seramai 5 orang.
Tapi kandang ni tak bertahan lama... Kerana serangan penyakit dan keadaan reban yang semakin uzur yang memerlukan kos yang tinggi untuk di baik pulih.Arwah abah tak bagi saya izin untuk sambung bisnes ternakan ayam ni... Hu2
Saya ambil keputusan untuk sambung belajar ke IBU(institute Bina Usahawan) ambil jurusan Public admin. Masa tu saya dah menunggang motosikal sendiri untuk belajar di Ibu yang terletak di Taman Malawati Hulu Klang. Bila hujung bulan sahaja saya akan balik dan meminta duit dari arwah abah untuk selesai kan bayaran yuran asrama dan yuran pelajaran. Bila perkara ini berlaku selama lebih kurang 6 bulan.. Setiap kali balik Banting akan minta duit. Saya jadi malu sendiri pada arwah abah.... Kerana saya ada 6 orang lagi adik beradik yang masih sekolah waktu tu.Waktu tu saya mula buat kerja sambilan di KFC Taman Malawati. Penat weh.. Belajar sebelah pagi..petang kena kerja lagi... Waktu tu tahun 1995 kalau tak silap. Satu jam baru rm2. 50 tapi makan ayam free🤣(lepas ada satu kejadian di KFC tu yang menyebabkan saya tak makan ayam lagi) 😅 Pernah juga kerja di Pos Malaysia di bangunan Dayabumi... Masa tu surat terlalu banyak ya ampun...
(Lupa nak cerita lepas tinggal di flat Jalan Kuching kami pindah ke Teluk Datok dapat kuaters JKR dekat dengan stadium Jugra kerana arwah abah dapat tukar kerja dari Jabatan Hutan ke JKR Kuala Langat menjawat jawatan juruteknik. Lepas beberapa tahun di JKR arwah abah dapat p**a kerja sebagai juruteknik awam di Lembaga Pelabuhan Klang.
Kami pindah lagi ke Kampung Rantau Panjang p**ak😂. Lepas Rantau Panjang kami pindah ke Taman Changgang Jaya p**a kerana arwah abah dah beli rumah sendiri.)
Pendek cerita saya belajar tak habis!! Kepenatan kerja part time dan hilang fokus untuk belajar. Lepas tu balik Banting dan mula bisnes kecik-kecik. Antara benda yang saya pernah jual ialah kasut keselamatan(safety shoe) Customer saya mula-mula adalah bengkel yang staff mereka pakai selipar. Dari bengkel ke industry kecik. Kemudian dah ada pengalaman saya melangkah ke kilang p**a. Alhamdulillah pernah close deal rm50k. Waktu tu usia awal 20an tak ada pengalaman dan modal dapat oder sebesar tu kira pencapaian terbaik lah. Masalah berlaku bila nak beli stok kasut modal tak cukup. Macam-macam cara saya buat. Cuba pinjam kawan/saudara/Jiran dan pernah nak try pinjam dengan along!! 😓😞😩
Akhir sekali saya jumpa satu cara setelah PO(purchase oder) tu hampir expired. Pengurus pembelian telepon saya katanya nak buat bisnes atau main-main ni? 😓Bantuan seorang rakan cina saya dapat selesai kan kontrak ni... Alhamdulillah. Kat situ saya belajar banyak perkara. Syukur ya Allah.
Selain bisnes kasut datang peluang baru membekal p**a topi keselamatan. Saya ke Sirim Shah Alam untuk beli buku direktori kilang-kilang yang mengeluarkan topi keselamatan yang ada kelulusan. (Sirim approved)
Kita tunggu sambungan kisah diri saya... Kalau dapat like lebih 100 saya sambung...😂😅 Kalau tak cukup nanti kita sembang di Pantai Morib ya... 😄
11/12/2020
Kembali kepada kelapa untuk kesihatan optima...
Ajaib sekali bagaimana krisis politik boleh menyebabkan kita hilang pedoman tentang masa yang berlalu....begitulah keadaan saya dan ramai lagi kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat...macam mana pun, hari ini saya harap kita akhirnya dapat memperkatakan satu topik yang boleh memberikan manfaat pada semua....kesihatan.
Khususnya kaitan makanan dengan kesihatan; bidang yang paling dekat di hati saya.
10 tahun lepas saya mula terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam nasihat-nasihat tentang pemakanan yang saya berikan sebagai seorang doktor.
Saya, seperti juga kebanyakan doktor-doktor lain, kerap menasihatkan pesakit dan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan lemak dan minyak, terutamanya lemak tepu.
Kepada pesakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan strok terutamanya, minyak dan lemak tepu adalah No, No, No.
Kalau minyak kelapa dan santan lagilah besar NO,NO, NO nya.
Namun sesuatu berlaku 10 tahun lalu....saya dapat rasakan kesihatan saya sendiri semakin berubah dan stamina menurun serta saya mula naik berat badan meskipun menjaga diet dan bejoging.Ujian darah menunjukkan saya mula menghidapi Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome).
Memanglah 10 tahun lepas saya di awal 40an namun adakah setiap orang yang mencapai usia 40an harus berasa begitu ?
Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Saya telah membaca artikel-artikel dan buku-buku perubatan sejak remaja lagi, terutamanya apabila bonda saya terkena serangan strok ketika saya masih di sekolah rendah.Saya juga makan mengikut panduan apa yang disebut....Piramid Makanan.
Lalu, berdasarkan gerak hati itu, saya mula membuat penyelidikan saya sendiri untuk memahami apa yang berlaku pada diri saya dan untuk memahami mengapa aruah bonda saya dan ramai adik-beradiknya terkena diabetes, serangan sakit jantung dan strok.
Penjelasan yang biasa diberikan para doktor yang dihubungi, kerapnya ialah faktor pemakanan sebagai faktor penyebab terbesar.
Namun, tidak jelas apa yang tidak kena tentang pemakanan dalam masyarakat kita.
Seterusnya ramai doktor, mengambil pandangan doktor-doktor Barat yang bertaklid buta dengan Hipotesis Lipid (Lipids Hypothesis) saintis Amerika;Ancel Keys, kerap menyatakan bahawa makanan orang Melayu yang terdiri dari lemak tepu seperti santan dan minyak kelapalah punca sakit jantung, obesiti, strok, diabetes dsb.
Masalah dengan andaian sebegini ialah orang Melayu dan lain-lain bangsa yang ada budaya kelapa telah ribuan tahun menggunakan lemak tepu dari kelapa tanpa terkena apa-apa masalah kesihatan yang disebut penyakit-penyakit moden seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok dsb.
Di akhir-akhir ini baru penyakit-penyakit tersebut banyak menyerang, ketika penggunaan minyak kelapa dan santan telah berkurangan dengan banyak sekali.
Begitu juga pada keluarga aruah bonda saya, penggunaan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan misalnya, jauh lebih banyak di masa dulu, pada generasi ibubapa mereka...namun ibubapa mereka tidak p**a habis terkena diabetes, strok, sakit jantung dsb.
Jelas ada andaian-andaian yang bertentangan dengan logik dan pemerhatian yang wajar dalam mengatakan lemak tepu bertanggung jawab atas ledakan penyakit-penyakit moden ini.
Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelidik, memerhati dan berbincang, saya mula faham dengan lebih jelas hubungan makanan dengan kesihatan.
Barulah saya fahami bahawa yang membawa kepada sakit jantung, strok dan kanser misalnya, adalah inflammatory diet (iaitu pemakanan yang membawa kepada proses keradangan) dan pemakanan yang sihat ialah non - inflammatory diet (iaitu pemakanan yang mencegah proses keradangan).
Inflammatory diet termasuklah makanan yang tinggi zat Omega 6, tinggi gula dan refined carbohydrates.
Non - inflammatory diet p**a ialah pemakanan yang seimbang lemak Omega 3 dan lemak Omega 6, kaya dengan lemak tepu alamiah yang juga bersifat anti-keradangan seperti lemak kelapa, lemak haiwan yang makan makanan seperti yang difitrahkan Allah kepada haiwan itu dsb.
Maka akhirnya saya bertemu dengan rahsia kehebatan ciptaan Allah dan rahmat pengurniaan Allah yang cukup besar, iaitu kelapa.
Rupa - rupanya meskipun ada berbagai lemak alamiah namun yang paling istimewa ialah lemak tepu kelapa.
Ia paling istimewa kerana ia paling baik untuk kesihatan.
Minyak kelapa dan santan adalah terdiri, antaranya dari zat Medium Chain Fatty Acids (MCFA) seperti Asid Laurik.
MCFA hanya ada dalam jumlah yang banyak secara alamiah pada susu ibu dan minyak kelapa sahaja.Salah satu kehebatan susu ibu ialah kandungan MCFA nya.MCFA memang penuh kebaikan kesihatan ...maka itu juga salah satu kehebatan minyak kelapa.
Minyak kelapa juga merupakan minyak makan yang paling stabil di dunia.Tidak ada minyak yang lebih stabil darinya.Maka kerana itu ia tidak menghasilkan radikal bebas (free radicals) bila dipanaskan dan oleh itu ia bersifat anti-penuaan, anti tumor.
Ia juga membantu zat Omega 3 masuk berhimpun di dalam tisu badan manusia.
Omega 3 seperti DHA, sangat s**ar didapati dalam diet kita dan s**ar p**a untuk masuk ke dalam tisu kita apabila dimakan.
Minyak kelapa membantu dan mempermudahkan proses masuknya zat Omega 3 ini kedalam tisu, lantas menyebabkan kebaikan Omega 3 itu dapat digunakan oleh badan untuk kesihatan yang optima seperti berat badan yang unggul, tekanan darah yang normal, kelikatan darah yang normal dan fungsi organ yang baik.
Selain dari itu semua, minyak kelapa juga bersifat anti-alergi, anti-parasit, anti-virus, anti-bakteria, memudahkan penyerapan vitamin dan galian, baik untuk kesihatan jantung, paru-paru, otak dan saraf dan banyak lagi kebaikannya.
Maka saya sekarang berpendapat, salah satu cara yang paling mudah, kos efektif, ekonomikal dan mesra alam untuk kita mengatasi ledakan penyakit-penyakit moden seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya ialah dengan kita menggunakan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan dalam makanan harian kita sebanyak yang boleh. Malangnya industri kelapa kita di Malaysia, telah lama nyawa-nyawa ikan.
Minyak kelapa tidak lagi boleh didapati dengan mudah pada harga yang munasabah.
Untuk itu, kita perlu sama-sama menghidupkan kembali industri kelapa di negara kita secara besar-besaran.
InsyaAllah kita di kawasan Parlimen Kuala Kedah akan sama-sama memulakannya.
(Penutup: sejak mengamalkan pengambilan lemak tepu dari kelapa ini, kesihatan saya juga jauh bertambah baik, Alhamdulillah).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Bangunan DETC Pantai Morib
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:30 |
| Tuesday | 10:00 - 17:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:30 |
| Friday | 10:00 - 18:30 |
| Saturday | 10:00 - 18:51 |
| Sunday | 10:00 - 18:55 |