SK Bandar Banting
Sekolah Kebangsaan Bandar Banting
Waktu persekolahan : 7:30AM hingga 1.20PM
Jumlah Murid : 778
26/05/2026
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa warga sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah kehilangan seorang insan yang sangat dihormati, Allahyarham Cikgu Abdul Samad bin Baharun yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Mei 2025.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. Sepanjang perkhidmatan beliau, Allahyarham dikenali sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, berakhlak mulia dan sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa.
Kami seluruh warga sekolah merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Address
Persiaran Majlis
Banting
42700