Hann_Az Jasmine7
Maju dan mencari rezki kerana Allah
Man jadda wa jadda
Allah sentiasa ada
31/08/2022
Ikan keli masak lemak cili api mudah
Bahan-bahan:
2 ekor ikan keli
serbuk kunyit
2 cm kunyit *
10 biji cili api (kalau s**a pedas boleh pakai cili api kaler merah)*
300 ml air
3/4 kotak kecil santan
2 batang serai (ketuk)
1 keping asam keping
garam
gula
1 helai daun kunyit (siat)
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan keli yang dah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng dalam minyak yang banyak hingga ikan keli agak garing. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk halus bahan bertanda * dan tuang dalam kuali atau periuk yang lebar. Masukkan air, serai, daun kunyit dan biarkan hingga mendidih.
3.Masukkan santan, asam keping, garam dan gula.
4.Akhir sekali masukkan ikan keli yang siap digoreng dan biarkan mereneh sebentar. Sedia dihidang!
31/08/2022
Udang Goreng Butter dan Telur Masin
Bahan bahan:
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih - di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
Cara cara:
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat Hari raya uolss
Assalamualaikum semua..
Welcome back..
Welcome april..
Welcome rejab...
Mari2 walaupun promosi tamat harga kami mampu milik uolls...
Meh serbu stor kmi di bukit changgang
Berjimat dengan Jasmine7
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 1964 Jalan Salak Tinggi Bt 36 Kg Bukit Changgang
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 | |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 23:00 |