Kayangan Banting
"Experience Villa Kayangan Banting: Where Memories Are Made." SARAPAN Min 10 pax -RM 10/pax
31/01/2024
Beza Antara Surcharge dengan Security Deposit? Penerangan Ringkas Untuk Semua Pelanggan Yang Kami Hormati. 🙏
Mari kita kupas secara santai, apa itu 'surcharge' dan 'security deposit' yang sering menjadi topik hangat dalam biz homestay ini
========
Surcharge
========
Ini adalah caj tambahan yang kami kenakan pada waktu-waktu tertentu. Contohnya, semasa musim cuti sekolah, hari kelepasan umum atau hujung minggu yang sibuk. Ia refleksi permintaan yang tinggi dan untuk memastikan kami dapat memberikan servis terbaik kepada anda.
=============
Security Deposit
=============
Sementara itu, 'security deposit' p**a adalah satu bentuk jaminan kecil dari pihak anda kepada kami. Deposit ini dipegang sebagai benteng sekiranya ada berlaku kerosakan atau kehilangan barang. Ini adalah amalan biasa dalam servis hospitaliti, dan jangan bimbang, ia adalah refundable selagi homestay kami diserahkan kembali dalam keadaan baik.
Kedua-dua bayaran ini adalah satu perkara normal ya dalam industri hospitaliti dan sangat penting untuk menjamin pengalaman yang terbaik bagi kedua-dua pihak baik pelanggan dan juga kami.
Kami harap dengan penjelasan ini, segala salah faham telah terurai.
Jika masih ada tanda tanya, kami di sini untuk anda – tanya je, dan min akan bantu!
P/s: Untuk cuti sekolah 10hb Februari - 10hb Mac 2024 masih ada beberapa sahaja lagi slot yang available untuk anda!. Booking segera sebelum kehabisan. Rancang percutian anda bersama keluarga tersayang sekarang juga. ♥️
18/01/2024
Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Tersemat di hati tidak dilupa.
Kain songket di dalam istana,
Pakaian indah puteri kayangan,
Berkongsi suasana cerita berguna,
Secubit rasa jadi kenangan.
Terima kasih puan Laila di atas kiriman di aplikasi TikTok.
Merakamkan momen yang tenang semasa menginap di sini.
Jemputlah lihat video pendek ini dan jalan lupa follow beliau di sana okay!
❤️❤️❤️
TikTok · Lea Racun Tiktok Check out Lea Racun Tiktok's video.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lot 540c, Batu 23 3/4, Kanchong Darat
Banting
42700