Musolla Assyafie SKSL

Musolla Assyafie SKSL

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Musolla Assyafie SKSL, Education, Musolla Assyafie SKSL, Jalan sultan Abdul Samad, Banting.

Photos from Musolla Assyafie SKSL's post 13/02/2026

Program penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 03 (Rukun Islam). Bersempena dengan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan peringkat SK Sri Langat. Disampaikan oleh adik M Afiq dari kelas 6 Ibn Qayyim.

MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis 3: Rukun Islam

Inti pati kandungan rukun Islam yang lima ialah mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Islam merupakan cara hidup sempurna yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Rukun Islam mampu membina hubungan yang jitu antara manusia dengan Allah SWT dan juga mengeratkan hubungan sesama makhluk. Contohnya ibadat zakat dapat membina tautan yang harmoni sesama manusia melalui bantuan terhadap golongan yang berhak menerimanya.

Setiap orang yang beriman mestilah patuh dalam melaksanakan segala tuntutan rukun Islam bagi mendapatkan keredaan Allah SWT serta dibuktikan dalam bentuk ketaatan terhadap segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

___________

Infografik Hadis 40 Imam Nawawi boleh didapati menerusi pautan berikut:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hadis-40/infografik-hadis-40

Photos from Musolla Assyafie SKSL's post 23/12/2025

Sumbangan naskah Yasin sebanyak 40 buah telah disampaikan kepada pihak sekolah oleh BSN. Guru Besar telah memberikan yasin tersebut kepada KP Pendidikan Islam untuk di letakkan di Musolla Assyafie. Terima kasih BSN.

Photos from Musolla Assyafie SKSL's post 12/08/2025

Alhamdulillah, pemasangan pendingin hawa di musolla telah berjaya. Hasil dari sumbangan zakat dari Kumpulan Perangsang Selangor, hasil jualan musolla dan juga infaq dari rakan2 guru SK Sri Langat. Namun, setakat ni, cuma 1 je pendingin hawa dipasang iaitu di ruangan solat perempuan. InsyaAllah, akan diusahakan untuk pemasangan pendingin hawa di ruangan solat lelaki.
cond ceilling exposed.

Want your school to be the top-listed School/college in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Musolla Assyafie SKSL, Jalan Sultan Abdul Samad
Banting
42700