VIRAL Meletop

VIRAL Meletop

Share

Kongsi berita dan maklumat terkini

Photos from VIRAL Meletop's post 22/02/2026

Tragedi kebakaran di waktu sahur ramadhan

22 FEB. 2026
KG PERMATANG KERAI BESAR,KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Seramai 21 penghuni hilang tempat berteduh selepas empat unit rumah di Permatang Kerai Besar di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Mangsa membabitkan seorang lelaki dan dua wanita dewasa di rumah pertama, dua lelaki dan tiga wanita di rumah kedua, tiga lelaki dan empat wanita di rumah ketiga serta empat lelaki dan dua wanita di rumah keempat.

Kejadian kira-kira jam 5.06 pagi itu turut memusnahkan dua kenderaan dan lima motosikal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Drone pilot Contact wasap.my/60194804698

24/10/2025

Berikut adalah panduan lengkap untuk penduduk di kawasan banjir bersiap sedia memandangkan cuaca yang buruk dan hujan tidak berhenti. dibahagikan kepada tiga fasa: Sebelum Banjir, Semasa Banjir, dan Selepas Banjir.

FAZA 1: SEBELUM BANJIR (Persediaan Awal & Pencegahan)

Persediaan awal adalah kunci untuk mengurangkan kerugian dan menyelamatkan nyawa.

A. Untuk Rumah & Keluarga:

1. Rancangan Evakuasi:
· Ketahui laluan evakuasi yang selamat ke kawasan tanah tinggi.
· Tentukan titik pertemuan keluarga jika terpisah.
· Pastikan semua ahli keluarga memahami rancangan ini.
2. Dokumen Penting:
· Simpan dokumen penting (sijil lahir, kad pengenalan, geran tanah, polisi insurans, rekod perubatan) dalam bekas kalis air atau muat naik salinan digital dalam 'cloud'.
3. Sediakan Kit Kecemasan:
· Air minuman (3 hari untuk setiap ahli keluarga)
· Makanan tahan lama (tin, biskut, energen)
· Lampu suluh, radio mudah alih dengan bateri tambahan
· Kotak pertolongan cemas dan ubat-ubatan penting
· Whistle (wisel) untuk memberi isyarat meminta tolong
· Power bank penuh cas untuk telefon
4. Langkah Keselamatan Rumah:
· Alihkan barang-barang berharga dan peralatan elektronik ke tempat yang tinggi.
· Naikkan suis utama elektrik ke paras yang lebih tinggi daripada paras banjir yang dijangkakan.
· Pastikan longkang dan parit sekitar rumah sentiasa bersih.

FAZA 2: SEMASA BANJIR (Tindakan Segera & Keselamatan)

1. Ikut Arahan:
· Ikut arahan pihak berkuasa (Polis, Bomba, JPS). Jika arahan untuk berpindah dikeluarkan, lakukan segera.
2. Keselamatan Diri adalah Utama:
· Jangan berjalan atau memandu melalui kawasan banjir. Arus boleh lebih deras dan dalam daripada yang kelihatan.
· Jangan sentuh peralatan elektrik jika anda berdiri dalam air.
· Jika terperangkap di dalam rumah, naik ke tingkat atas atau bumbung dan bawa bersama kit kecemasan. Gunakan wisel untuk menarik perhatian pasukan penyelamat.

FAZA 3: SELEPAS BANJIR (Pemulihan & Pembinaan Semula)

1. Kembali ke Rumah dengan Berhati-hati:
· Kembali hanya selepas diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa.
· Periksa kerosakan pada struktur rumah. Berhati-hati dengan binatang berbisa seperti ular dan lipan yang mungkin ikut hanyut.
2. Pembersihan & Disinfeksi:
· Pakai pakaian dan kasut pelindung semasa membersihkan.
· Buang barang-barang yang telah direndam air banjir dan tidak boleh diselamatkan.
· Bersihkan semua permukaan dengan air bersih dan kemudian disinfektan untuk membunuh bakteria.

Dengan membuat persediaan rapi, pengetahuan dan tindakan yang betul, penduduk dapat mengurangkan impak buruk banjir terhadap nyawa dan harta benda.

15/10/2025

15Okt25
Kejadian ribut puting beliung petang tadi di Banting Selangor

07/08/2025

Pastikan anda memasang bendera dengan.betul Jangan jadi pengkhianat negara sengaja terbalikkan

30/07/2025

Berita Terkini | Gempa Rusia

Gempa bumi berukuran 8.8 magnitud telah melanda di pantai Semenanjung Kamchatka Rusia! 📍 Pusat gempa: 119km ESE Petropavlovsk-Kamchatsky 🌊 Gelombang tsunami setinggi 3–4 meter telah menyebabkan banjir dan kerosakan teruk 🚨 Amaran tsunami dikeluarkan untuk Jepun, Amerika Syarikat (Pantai Barat & Hawaii) dan sebahagian Amerika Selatan 👥 Lebih 900,000 orang dipindahkan di Jepun sahaja 💥 Kecederaan dan kerosakan infrastruktur dilaporkan di Rusia, termasuk sekolah dan rumah

01/04/2025

Latest official statement from the Selangor authorities:

SMART SELANGOR OPERATION CENTRE (SSOC) 📡

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YB Dato' Dr./YB AMMKN/YBhg. Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

KEJADIAN KEBAKARAN PIPE LINE GAS DAERAH PETALING

TARIKH : 1 APRIL 2025 (SELASA)
LOKASI : PETRONAS PUTRA HEIGHTS
DAERAH : PETALING

MAKLUMAN

1. SSOC menerima laporan tentang kejadian kebakaran pipe line gas Petronas yang melalui kawasan berhampiran stesen minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya.

2. Menurut Pihak Berkuasa di lokasi, Stesen minyak Petronas tidak terbakar.

3. Akan tetapi hanya salur gas utama yang terbakar dan ia telah di tutup, menunggu gas habis untuk padam sepenuhnya.

4. Kawasan Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran terbakar, melibatkan beberapa rumah. Anggaran rumah yang terbakar masih belum di kenal pasti.

5. Terdapat juga mangsa yang terperangkap di dalam rumah. Usaha menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan.

6. Mangsa yang telah di selamatkan telah di bawa ke PPS DEWAN SERBAGUNA MASJID PUTRA HEIGHT. Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu Ambulance untuk mendapatkan rawatan. Buat masa kini, pihak masjid sedang membantu mangsa.

7. Koordinat ke lokasi kebakaran 3.01736, 101.58385
8. Koordinat ke lokasi PPS 2.997600, 101.576732

Sumber : JPB MBSJ

📌 SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku.

📌 SSOC juga akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih

Smart Selangor Operation Centre (SSOC)
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

Kredit pada owner video

Want your business to be the top-listed Media Company in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Banting