JPKKP Kg Seri Cheeding

JPKKP Kg Seri Cheeding

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKKP Kg Seri Cheeding, Government Organization, Kampung Seri Cheeding, Banting.

Photos from JPKKP Kg Seri Cheeding's post 18/04/2026

17 April 2026
Jamuan Hari Raya Sekampung 2026
Kampung Seri Cheeding

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong setiap program yang kami jalankan. Tidak dilupakan juga kepada warga kampung serta tetamu dari luar yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Pihak pengurusan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau ketidak selesaan sepanjang majlis berlangsung 🙏. Kehadiran yang amat menggalakkan di luar jangkaan kami amat kami hargai.

Semoga kita semua dipertemukan lagi pada Syawal akan datang.
Jumpa lagi di Raya 2027😊

20/03/2026

Selamat hari raya maaf zahir batin.
Daripada kami warga JPKKP Kg Seri Cheeding

20/03/2026

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami JPKKP Kg Seri Cheeding
Semoga kemeriahan hari raya mengeratkan silaturrahim kita semua.
Hati-hati memandu kenderaan tu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

Photos from JPKKP Kg Seri Cheeding's post 08/03/2026

Program Kajian Impak Sosial (SIA) Pembangunan Perindustrian yang dijadualkan diadakan di Balai Raya Kampung Seri Cheeding telah dibatalkan di atas kesilapan dari pihak konsultan.

Pihak konsultan dan pemaju telah mengakui kesilapan. Mereka akan mengadakan perbincangan awal bersama kepimpinan kampung dan pihak berkepentingan, bagi menetapkan tarikh sesuai bagi meneruskan SIA ini.

Segala kemajuan program SIA akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

05/03/2026
Photos from Persatuan Penduduk Seri Cheeding PPSC's post 02/03/2026

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semoga penginfak mendapat keberkatan dari Allah SWT sihat selalu.
Terima kasih Persatuan Penduduk Seri Cheeding PPSC membantu menguruskan program sehingga selesai.

27/02/2026

Infak Ramadhan
Hari Ahad ini jam 5 petang..

Want your organization to be the top-listed Government Service in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Seri Cheeding
Banting
42700