Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak
04/06/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.
Patik dan seluruh warga Gombak mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri sentiasa berada dalam keafiatan, dilimpahi kebahagiaan, dikurniakan usia yang berkat, serta terus berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT.
Daulat Tuanku.
01/06/2026
โ๐๐ข๐ฃ๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐๐ง - ๐ฅ๐จ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐
โ๐๐๐ฉ๐ ๐๐ค๐ฃ๐๐จ๐, ๐๐๐ฉ๐ ๐ฟ๐๐ฃ๐๐๐ง, ๐๐๐ฉ๐ ๐
๐๐๐.โ
๐Perkarangan Gua Damai Xtreme Park
๐ 29 Mei 2026 | Jumaat
Nak cari tempat lepak santai? Nak sembang, meluah, berkongsi cerita atau sekadar nak โhealingโ lepas seminggu penat kerja, belajar & hadap hidup?
Jom turun ke Sesi BBQ Santai & Kopi Curhat di Perkarangan Gua Damai Xtreme Park!
Ini bukan program formalโฆ ini ruang santai untuk semua. Datang je macam biasa โ sambil mengopi โ, makan BBQ ๐, layan buskers ๐ถ dan borak tanpa protokol.
Tak kisah anda anak muda, abang kawasan, pakcik rider, student, pekerja, pencari idea atau yang sekadar nak dengar orang lain berkongsi cerita โ semua dialu-alukan.
๐ค Konsep Mic On โ Curhat Santai
Nak luahkan pandangan? Nak kongsi pengalaman? Nak cerita pasal cabaran hidup, kerja, keluarga, persahabatan atau masa depan?
Mic terbuka untuk semua. Kita sembang, kita dengar, kita faham.
Tidak ketinggalan, Tuan Faizal Ismail & Tuan Rahim Kasdi turut turun padang bersama anak-anak muda โ berkongsi cerita zaman muda mereka, bertukar pandangan dan cuba memahami realiti generasi hari ini khususnya Gen Z.
Dalam masa yang sama, sesi ini juga menjadi ruang untuk memperkenalkan Kafe Damai, port santai yang terletak di kawasan Gua Damai Xtreme Park.
Program ini merupakan inisiatif NGO GEGAR bersama Pejabat Parlimen Gombak bagi mewujudkan ruang komuniti yang lebih santai, dekat dan terbuka.
Kalau sambutan padu, insya-Allah sesi ni akan diteruskan setiap Jumaat malam Sabtu.
Jadiโฆ
Jangan simpan sorang-sorang. Datang lepak. Datang curhat.
โ Kita Kongsi.
๐๏ธ Kita Dengar.
๐ค Kita Jaga.
29/05/2026
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Pejabat Ahli Parlimen Gombak menjemput seluruh warga Gombak untuk bersama-sama menghadiri Program Qurban Perdana MADANI 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
๐
Tarikh : 30 Mei 2026
๐๏ธ Hari : Sabtu
๐ Masa : 8.00 Pagi
๐ Tempat : Dataran An-Nur, Kg. Melayu Wira Damai
๐งญ https://maps.app.goo.gl/6Hom6xyGjfxyKiaX6?g_st=aw
Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan program ini serta menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam suasana penuh keberkatan.
Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 91355, Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya
Batu Caves
68100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |