START-lah Innovation

START-lah Innovation

Share

Bersama mulakan sesuatu yang baharu dengan idea yang fokus kepada solusi.

15/05/2026

Ramai usahawan perlukan lebih daripada sekadar motivasi.
Mereka perlukan seseorang yang pernah melalui cabaran sebenar bisnes dan boleh membantu mereka berfikir dengan lebih jelas.

Itulah sebabnya kami sedang membuka Pencarian Mentor@Startlah.

Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang seperti:

✅ Perniagaan & strategi
✅ Pemasaran & jualan
✅ Kewangan bisnes
✅ Operasi
✅ Pembangunan usahawan
✅ Industri tertentu yang boleh memberi nilai kepada usahawan

Kami ingin bekerjasama dengan anda untuk membantu lebih ramai usahawan berkembang dengan lebih terarah.

Di Startlah, mentoring bukan sekadar memberi nasihat.
Ia tentang membantu usahawan membuat keputusan yang lebih baik dan bergerak dengan tindakan yang jelas.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini:

🔗 startlah.my/mentor-startlah/

Photos from START-lah Innovation's post 13/05/2026

Kebanyakan organisasi kata mereka mahukan pekerja yang inovatif.

Tapi ramai masih dilatih untuk hanya melaksanakan.

Bukan bersama-sama membina dan menambah baik organisasi.

Itulah sebabnya The Intrapreneurial Journey direka.

Baru-baru ini, Startlah Innovation berpeluang mengendalikan program ini bersama 100 peserta PROTÉGÉ ILSAS TNB dikendalikan oleh 4 trainer Startlah merentasi 4 bilik latihan secara serentak.

Peserta bukan hanya mendengar ceramah dan merenung slaid semata-mata.

Peserta dibawa melalui perjalanan penuh daripada memahami masalah → membina solusi → menguji idea → melihat potensi nilai sebenar.

Mereka melalui:

→ Principles of Effectuation
Membuat keputusan dalam situasi tidak pasti.

→ Design Thinking
Memahami masalah sebenar sebelum mencipta solusi.

→ Prototype, Testing & Pivot
Uji idea dengan cepat.

→ Business Model Canvas
Lihat bagaimana idea mencipta nilai.

→ Marketing & Sales (AIDA)
Belajar menarik perhatian pasaran.

→ Marketing Collateral
Menyampaikan idea dengan lebih jelas.

→ Tie It All Together
Gabungkan semuanya menjadi tindakan.

Kerana inovasi bukan mengenai siapa paling banyak bercakap mengenai idea.

Tetapi siapa yang mampu membina sesuatu yang boleh dilaksanakan dan memberi impak.

Terima kasih pihak TNB Integrated Learning Solution - ILSAS atas kepercayaan.

Photos from START-lah Innovation's post 04/05/2026

Langkah pertama menuju perubahan 💪🔥

Usahawan iTEKAD Bangkit Batch 7 & Maju Batch 8 sudah memulakan perjalanan mereka!
Bersama Bank Islam Malaysia & di bawah bimbingan Startlah Innovation PLT 🤝

Ini bukan sekadar program…
Ini peluang untuk bangkit, grow & level up bisnes 🚀

Siapa bersedia untuk berjaya bersama-sama? 👇

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. T4-1A & T4-1C, Kompleks Amaniah, Jalan Batu Caves
Batu Caves
68100